Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Jalan-jalan Cameron Highland



Assalamualaikum!!!

Hai...Selamat kembali,,harini nak share dengan korang percutian aku ke Cameron Highland selama 2 hari 1 malam.. kitorang sampai di Cameron pukul 12.30 tghari..Sampai2 je terus check in..Kitorang amik apartment Star Regency yang 3 bilik.
Gambar ihsan Encik Google
Senang kot kalau menginap kat apartment ni,nak ke pasar malam brinchang tak payah susah2 nak drive..boleh trun naik bilik sesuka hati,,tak stress nak cari parking la kiranya..Seterusnya tempat2 yang kitorang pergi Lavendar Garden, Gunung Brinchang,dll..Aku belanja gambar kat korang k..hehe


En Suami dan anak-anak sedara

Lavendar Garden

Lavendar garden

Lavendar garden


Bayaran masuk untuk ke lavender garden ni. Dewasa : RM5  
kanak-kanak bawah 12 tahun : RM 3..murah je kan?hehe

Strawberry park
Boh Tea Centre

Dalam Perjalanan balik dari cameron kitorang singgah di Felda Hot Spring Sungkai.


Bayaran masuk bagi tempat ni pula, 
Dewasa : RM 10.00 
Kanak2 : Rm 8.00 
OKU : RM2.00 
Warga Emas : RM7.00 

Memang berbaloi kalau pergi sini..mana taknya dari sejuk ke panas..




Korang mesti tertanya-tanya kan macam mana nak buat video ni hanya menggunakan handphone korang je..tunggu next post ok.. :)






Lama tak update blog

Assalamualaikum!!!
Hai.. lama betullah tak jumpa, lama tak update blog..busy..busy..busy dan busy...idea tak der nak menulis apa..nak copy dari email pun tak de masa..huhu..tapi tak pe.that is life kan. 😊
Ini pun curi2 masa sikit untuk update blog ni..untuk mengaktifkan jari jemari ni sikit..hehe..ok2..pas ni ada cerita lagi tau.bos dah panggil plak..tungguuuu..
Wassalam..

Selamat Tahun Baru 2014



Akhirnya tahun 2013 meninggalkan kita juga..
Perginya yang tak akan kembali, bersama kenangan.. pahit, manis suka dan duka... hanya lipatan sejarah yang mungkin akan kita kenang selagi hayat dikandung badan. Apa yang berlaku pada tahun 2013 akan menjadi kenangan yang tidak boleh dijual beli dimana-mana sahaja.



2014 menanti dengan penuh tanda tanya..
Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak 
Rasa cabarannya lebih hebat lagi.. bukan sahaja pada saya dan keluarga.. mungkin pada masyarakat diluar sana juga.
Kenaikan harga barangan dan taraf kehidupan adalah antara cabaran yang paling hebat yang perlu ditempuhi dengan sabar. Nak tak nak kita kena tempuhi juga.. siapalah kita yang ingin lantang bersuara.. Ibarat wau melawan angin.. 

Kata orang buat baik salah.. tak buat baik pun salah.. Perumpamaan pula menyebut "buat baik berpada-pada" 
Sifat manusia yang sukar kita fahami.. Yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah
Banyak udang banyak garam.. banyak orang banyak ragam.. 
Saya harap dalam tahun 2014 ini. saya akan menjadi semakin matang.. dalam setiap apa tindakan yang ita lakukan. Ibarat berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. Semoga ita diberikan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan kerenah dan asam garam dunia ini.

Ku relakan kau pergi membawa semua kenangan lalu, yang banyak memberikan ku pengajaran.. Kunantikan kedatangan mu dengan harapan dan nur..
Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan amal ini ikhlas kerana Allah dan menjadi timbangan amal kebaikkan pada hari Kiamat
Selamat tahun baru kepada semua pembaca budiman..










Permulaan berbicara (^_^)







Hurm...12/092013 is 1st day aku mula berblogging, sebelum nih aku asyik stalker blog orang jer, aku nih bukan la suka sangat membaca,dan bukan seorang yg suka sangat menulis blog. Tapi bila tengok blog org ni hati rasa teringin nak buat blog jugak..hehe..(xtau la kot angan2 tahi ayam je)

1st aku citer skit la psl background hidup aku. Aku ni ank yg pertama dan yang akhir (ank tunggal), dan mempunyai boyfriend, mempunyai tunang dan mempunyai suami,, Suami aku asal Pasir Puteh,Kelantan. Aku pulak lahir memang di KL tetapi kampung di Melaka so xtau nk kata asal mana,, Aku n suami keje kat UM Fakulti Perubatan sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan U29 tapi masih lagi kontrak.

Lain-lain xbyk sgt la yg special kat aku ni. Sbb nak kata pandai sgt xla, nak kata bodoh sangat pun xla. Sedang2 ajeee..hehe

hurm itu jer la kot yg aku nk bebel untuk 1st entry aku nih..nanti if ada masa aku pos lagi....daaaaaaaa...