Selamat Tahun Baru 2014



Akhirnya tahun 2013 meninggalkan kita juga..
Perginya yang tak akan kembali, bersama kenangan.. pahit, manis suka dan duka... hanya lipatan sejarah yang mungkin akan kita kenang selagi hayat dikandung badan. Apa yang berlaku pada tahun 2013 akan menjadi kenangan yang tidak boleh dijual beli dimana-mana sahaja.



2014 menanti dengan penuh tanda tanya..
Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak 
Rasa cabarannya lebih hebat lagi.. bukan sahaja pada saya dan keluarga.. mungkin pada masyarakat diluar sana juga.
Kenaikan harga barangan dan taraf kehidupan adalah antara cabaran yang paling hebat yang perlu ditempuhi dengan sabar. Nak tak nak kita kena tempuhi juga.. siapalah kita yang ingin lantang bersuara.. Ibarat wau melawan angin.. 

Kata orang buat baik salah.. tak buat baik pun salah.. Perumpamaan pula menyebut "buat baik berpada-pada" 
Sifat manusia yang sukar kita fahami.. Yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah
Banyak udang banyak garam.. banyak orang banyak ragam.. 
Saya harap dalam tahun 2014 ini. saya akan menjadi semakin matang.. dalam setiap apa tindakan yang ita lakukan. Ibarat berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. Semoga ita diberikan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan kerenah dan asam garam dunia ini.

Ku relakan kau pergi membawa semua kenangan lalu, yang banyak memberikan ku pengajaran.. Kunantikan kedatangan mu dengan harapan dan nur..
Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan amal ini ikhlas kerana Allah dan menjadi timbangan amal kebaikkan pada hari Kiamat
Selamat tahun baru kepada semua pembaca budiman..










No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...