Cara Menghilangkan Senggugut



50% dari wanita yang mengalami haid akan mengalami senggugut atau bahasa inggerisnya dikenali sebagai menstrual cramps atau period pain.

Senggugut adalah istilah untuk sakit perut yang dialami oleh wanita semasa datang haid.




Biasanya cara menghilangkan senggugut deangan cepat yang kerap di amalkan adalah dengan cara tuam bahagian yang sakit dengan seterika (lapik dengan kain), minum air susu panas, atau menelan beberapa biji menstrual panadol.

BAGAIMANA SENGGUGUT TERJADI?

Setelah telur yang dibebaskan oleh ovari tidak disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan dibuang oleh rahim. Semasa proses pembuangan telur ini, rahim akan mengecut dan seterusnya salur darah di sekitar rahim akan mengecut untuk membuang telur tersebut.

Proses pengecutan ini yang membuatkan sesetengah wanita berasa sangat sakit sehingga ada yang terpaksa ambil cuti kerana tak tahan dengan sakit senggugut.

Sedikit tips menghadapi senggugut:

1) Kalau kat hostel selalu buat. Panaskan air pastu cari botol mineral letak air yang panas tadi (campur la air sejuk gak, nanti kemek botol tu) kat dalam botol mineral tersebut. Amek botol mineral yang suam2 tu tuam la kat perut. Insyaallah dapat mengurangkan sedikit rasa nyeri dan sakit. Tak pun panaskan iron sekejap, pastu tutup la suis, amek kain lapik dan tuam la guna iron tu.

2) Ni kawan aku punya cara sebab dia kalau tujuh hari period, tujuh hari la sengsara senggugut. Dia makan nenas sebab nak cepatkan proses period tu. Tapi ada yang cakap tak elok makan nenas time period sebab nenas sifatnya tajam (asid). Kalau takde nenas dia belasah air coke/pepsi. Tak disarankan.

3) Cara ni memang selalu dipraktikkan iaitu tidur. Tidur adalah cara alami untuk menghilangkan senggugut yang biasa2 je. Biarkan rasa sakit tu sampai tertidur dengan sendirinya, insyaallah lepas bangun akan berkurang kesakitan tersebut. Sangat disarankan.









4) Cara ni tak digalakkan sebab tak elok bergantung dengan ubat. Boleh amek panadol menstrual yang kaler pink tu.

5) Jumpa doktor gerenti kena cocok punye kalau cakap tak leh tahan sakit. Selalu jumpa dokte mesti buat muka kesian nak MC je tapi tak nak kena cocok. Bila dokte tak nak bagi MC rasa nak karate je...dush2.

6) Elakkan minum minuman berais, lebihkan minum air suam atau air kosong.

7) Pastikan badan sentiasa hangat. Sapu minyak kat kaki, betis sebab selalu time period memang akan kejang kaki dan betis. Pakai stoking untuk pastikan kaki hangat.

8) Minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghindarkan bau yang tak best masa period (jangan lebih2 lak minum mau panas terlampau nanti).

9) Beberapa hari sebelum period aktifkan diri dengan bersenam ke.







Cara lain :

Minta ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan itu. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat dibawah tersebut. Ditiupkan pada air setiap kali baca.


1. Shalawat - 3x.


2. Al-Fatihah - 1x


3. Ayatul Kursi - 1x


4. Surah Al Nahl: Ayat: 65 - 3x 


5. Surah Ali Imran: Ayat 5,6 - 3x 


Insha Allah dengan izin-Nya. Moga-moga dipermudahkanNya.


Sekian Wasallam.

DOA MENGUSIR JIN DARI RUMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali doa ini di dalam rumah yang anda terasa ada gangguan jin dan syaitan.



Terjemahannya:


Wahai Ifrit (Golongan Jin) aku peringatkan kepada kamu dengan sumpah yang dibuat oleh Nabi Sulaiman kamu keluar dan nyah dari rumah aku dan aku peringatkan juga kepada kamu jangan sesekali kamu menyakiti ahli rumah ini.



Sekian Wasallam.

Magnum Cafe Pertama di Malaysia


Ramai betul kawan2 kat fb yang pos pasal magnum cafe ni..ada yg dah pegi..ada yg nak pegi..best sangat ke?..so..aku pun cuba lah pegi magnun cafe yang pertama kat malaysia ni,magnum cafe ni dibuka di mid valley level 3..


Selain malaysia ada 3 negara lagi..iaitu Bangkok, Jakarta dan Manila..

Masa aku pegi boleh dikatakan ramai la jugak customer..sampai kena beratur..apa2 pun jom layan gambar dulu..


Gambar Ihsan Google

Gambar Ihsan Google








Sabar beratur










Nampak sedap kan? Datanglah beramai kat :


Magnum Cafe
3rd Floor (South Court),
Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur











posted from Bloggeroid

CERPEN: DIARI UNTUK SUAMI KU..


JAM di dinding menunjukkan sudah pukul 12 malam. Tapi mata aku masih belum mengantuk lagi. Mentanglah esok hari sabtu, pandai pula mataku hendak berjoli sendiri. Lampu meja, ku hidupkan biar menerangi sudut bilikku yang sederhana luas. Bantal aku tegakkan dan menyandarkan tubuh dengan selesa di atasnya.

            Seketika aku terkebil-kebil tidak tahu hendak berbuat apa. Tempat pembaringan di sebelah yang kosong kulihat sekilas. Terus saja aku teringatkan dia. Ya, dia isteriku. Isteri yang aku cintai dengan sepenuh hati. Spontan senyum kecil melirik di bibir. Laci kecil di tepi meja katil aku tarik perlahan. Jelas kelihatan buku skrap yang masih elok keadaannya di depan mata. Aku tarik keluar dengan berhati-hati.

            Saban malam, inilah aktivitiku jika mata sukar dilelapkan. Membaca semula bait-bait kata yang dicoretkan oleh isteri tercinta dalam diari yang dikhaskan buat suaminya. Aku. Diari buat diri aku yang diberi nama, diari buat suamiku. Muka surat pertama aku selak. Masuk ini sudah kali ke berapa aku mengulangnya. Tidak terkira dan tak mampu untuk di kira. Aku membaca setiap barisan ayat yang dicoretkan oleh si dia tanpa rasa jemu.
2 April 2010, 12:45 a.m

Pertama kali Hawa mencoretkan sesuatu dekat sini. Entah bila Hawa nak bagi abang sayang baca nukilan ni… abang sayang (memang selayaknya gelaran ni yang Hawa kena  panggil bagi seseorang yang sudi berkongsi rusuk kirinya dengan diri ini).

Hari pertama menulis, jadi Hawa tak tahu sangat hendak tulis apa. Tak apa, mungkin Hawa boleh kongsikan tujuan Hawa mencatatkan diari ini untuk tatapan abang. Sebabnya, ia adalah hadiah istimewa dari Hawa untuk abang, orang yang selayaknya mengetahui segala rahsia diri Hawa. Hanya abang seorang. Abang nak tahu kenapa? Hawa ada terbaca dalam blog seorang hamba Allah ni, catatan dia… dia mengharapkan jodohnya mendoakan dirinya supaya tidak berputus asa dan tersesat dalam misi mencari jodoh yang tercipta buatnya.
Bila membaca coretan ayat tu, Hawa tak dapat nak halang fikiran Hawa dari teringatkan abang. Abang yang dijanjikan untuk menjadi pendamping Hawa oleh DIA. Hawa ingatkan diri agar terus mendoakan abang supaya dalam mengawal diri dari perkara yang dilarangnya dan berharap kita akan disatukan dalam keadaan yang diredhaiNYA.

Terfikir juga, kalau-kalau abang anggap Hawa ni gila orangnya. Mencoretkan diari sebegini untuk bakal suami Hawa… oh, abang sayang… Hawa tak gila ya! Cumanya otak ini tak berapa nak center sejak teringatkan abang. Dan tolong percaya, di saat ini… Hawa masih tak mengenali siapa diri abang. Semoga dalam setiap coretan yang bakal terkandung dalam diari ini mampu membuatkan abang mengenali Hawa.

Salam dan sayang buat abang,
Nur Hawani.

Abang pun sayangkan Hawa. Ucapku dalam hati. Itu adalah coretan pertama Hawa yang benar-benar memberi kesan dalam hatiku. Barisan ayat yang menekankan tentang harapan bakal isteri mengharapkan bakal suaminya dapat mengawal diri dari segala larangan yang ditegah olehNYA. Tapi aku? Ah… banyak sungguh dosa yang telah aku tempah di muka bumi ini.

Nur Hawani. Sebaris nama yang begitu menggetarkan kalbuku. Si gadis yang sempurna serba serbi. Tarikh bermulanya catatan diari itu diamati. Dan sebenarnya tarikh itulah hatinya telah mula terpaut pada diri Nur Hawani tanpa gadis itu sedari.
Bagaikan masih segar dalam ingatan, pertemuan pertama mereka…

“ENCIK Rizman,” aku berpaling tatkala ada suara yang memanggil namaku. “Bos panggil nak jumpa,” maklum Suriati, setiausaha bos di tempat aku bekerja.
“Orait. Thanks ya,” balasku pendek dan kembali menghala pandangan pada PC di hadapanku.

“Masuk sekarang… bos nak jumpa sekarang.” Suriati macam tahu saja aku nak masuk lambat sikit, lantas digesa aku supaya segera bergerak ke bilik bos. Hendak tak hendak, aku bangun juga melangkah dengan malas menuju ke bilik bos. Nampak sungguh, tak ikhlas langsung.

Pintu bilik yang tertera nama Sufian Usman itu ku ketuk dahulu sebelum masuk.
“Ya bos,” sapaku sambil melangkah masuk. Bos aku yang sememangnya terkenal dengan senyuman memikatnya, tersenyum dengan lebar sekali. Aku menjungkit kening, tak faham. Dia panggil aku suruh masuk, lepas tu aci senyum gaya menang loteri. Apa cerita?

“Duduk dulu Man,” pelawa bos. Aku pun ikutkan saja. Takkan nak berdiri pula kan. Mahu lenguh kaki aku. “Ni… nak habaq…” ucapnya membuka kata. Aku pun lupa nak habaq, bahawasanya bos aku ini adalah orang utara. Loghat utaranya memang tak dapat nak dipisahkan dah. “Ada orang baru untuk deparment kita,” sambungnya dengan sengih gatal di wajah. Ah! Sudah aku duga… mesti Encik Sufian dah kena sampuk dengan hantu keladi, kan dah keluar habis aura miang keladinya.

“Bila lapor diri?” terus aku menyoal. Intro Encik Sufian pastinya panjang lebar dan hanya akan membuang masaku yang begitu berharga.
“Sat lagi.”
“Oh… okey. Bos nak suruh saya buat apa?”

“Macam biasa… Man kan pandai bab-bab nak mengayat ni. Nak minta khidmat nasihatlah ni.” Encik Sufian tersengih lagi. Dan lagi sekali dah aku duga, bab-bab nak menjahanamkan anak dara orang, dia mesti cari aku. Tapi tak apa… aku pun… suka juga. Hahaha. Dah mula tumbuh tanduk dua di atas kepala. Manalah nak selamat anak-anak dara yang datang melapor diri dekat deparment ini kalau ada pekerja dan bos macam buaya tembaga. Tahunya nak NGAP saja.

“Beres bos!” laju saja aku setuju. Orangnya pun belum aku lihat. Mahunya kalau muka macam Mak Temah yang duk jual popia goreng dekat seberang jalan tu, mahu aku pengsan nak mengayat. Bukan pengsan tak reti reka ayat… tapi pengsan sebab aku tak lalu tengok muka dia yang sebijik macam popia goreng juga.

Dan pagi itu aku diperkenalkan dengan pegawai baru yang melaporkan diri di tingkat 18 ini. Amira namanya. Pada pandangan aku, bolehlah… setakat nak tolong reka ayat untuk gadis ini, rasanya semudah kacang peas saja. Tutup mata pun gerenti boleh jalan. Sesudah menurunkan segala ayat dan petua terbaik pada bos, aku kembali bertapa di depan PC. Menyiapkan kerja-kerja yang patut aku siapkan. Haish… penat sungguh. Mana nak kejar dateline proposal. Mana nak kejar gadis-gadis cun lagi. Semuanya hanya membuatkan aku lelah.

“Cik… tumpang tanya,” sebaik saja aku melabuhkan punggung di kerusi, ada satu suara yang begitu menarik pendengaran telinga. Halusnya.

“Amira, pegawai yang baru melapor diri, ada kat sini tak?” soal suara halus itu lagi.
“Yup. Ada dalam bilik bos. Cik cari dia kenapa ya?” suara Suriati menyoal pula. Aku masih belum mengangkat wajah.

“Dia tertinggal handbag dalam kereta, itu yang saya datang nak bagi.”

“Saya boleh tolong bagi sebab cik Amira rasanya lama lagi dalam bilik bos tu.” Untuk jawapan Suriati itu aku tergelak kecil. Pasti saja Amira tersangkut lama dalam bilik bos. Buaya tembaga seekor itu nak mulakan sesi mengayat. Dia tak kira cun tak cun… semua dia main bedal saja. Lainlah kalau aku, pilihan aku mesti kategori yang terbaik punya. Mungkin sebab itu aku masih belum dapat mengayat seorang gadis pun untuk diri aku sendiri.

“Kalau saya nak  tunggu boleh?” soal suara halus yang nyata pada pendengaran aku agak kurang percaya dengan kami yang ada dekat sini. Dia bercakap dengan Suriati, tapi aku pula yang terasa sekali. Eh… eh… perempuan ni. Tiba-tiba aku rasa nak hangin.

“Tak apa cik… lama kalau cik nak tunggu ni. Tak ganggu kerja cik ke?” ayat Suriati nyata tidak mampu hendak yakinkan perempuan bersuara halus itu. Aku dah tak tahan geram. Agaknya dia nampak muka kami macam muka penyamun kot. Sampaikan handbag pun dia tak berani nak tinggal.

Dengan penuh emosi, aku bangun dan mendekati gadis yang membelakangi aku. Huh!
“Cik… tinggal sajalah beg tu. Kami ni bukannya perompak nak rompak beg kawan cik tu,” ucap aku sinis. Aku sudah bersandar pada meja Suriati sekaligus membolehkan aku mencuri pandang ke wajah cik tadi. Dia tunduk. Langsung tak angkat muka. Langsung tak kalih pandang wajah aku yang handsome macam Adi Putra. Adi Putra pun tak handsome macam aku. Aku handsome lagi!

Mata aku langsung tak lepas pandang pada dia yang tertunduk macam nak sujud lantai saja. Macam tahu-tahu pula yang aku nak telek muka dia. Sebab suaranya dah boleh menarik jiwa lelaki aku. Nak juga aku tengok muka dia. Boleh lulus penilaian tak. Kalau lulus, nak aku ‘halau’ dia dari deparment ini sebelum bapa segala buaya muncul di antara mereka.

“Betul kata Encik Rizman ni cik… tinggalkan saja. Saya boleh tolong bagi. Takkan cik tak percaya dengan kami dekat sini,” lembut saja suara Suriati bercakap dengan perempuan tu. Aku mendengus kuat. Dengan orang macam ni, perlu ke bercakap-cakap dengan cara diplomasi begini. Lantas aku tarik saja beg yang berada di pegangan perempuan itu.

Sekuat tangan aku merentap beg itu, sekuat itu jugalah aku rasakan jantung aku direntap saat jelingan tajamnya menusuk masuk ke dalam pandangan mataku. Jelingan yang tidak lebih dari lima saat itu sudah membuatkan aku hilang arah. Tak pernah aku jumpa ciptaan yang begitu indah yang berjaya menggoyahkan hati lelakiku dalam sekelip mata. Dan saat itu aku sedar, bahawa aku sudah jatuh cinta dipanah jelingan mata yang tajamnya benar-benar menusuk ke dalam jiwa.

DAN tidak akan dia lupakan pertemuan itu yang masih kekal dalam minda hingga ke saat ini. Dia juga tidak pernah lupa setiap reaksi dingin yang dipamerkan oleh Hawa tatkala dia hendak memainkan ayat pemburu cinta terhebatnya. Namun tak pernah dia sangka, susahnya nak memikat hati Hawa yang seolah terikat dengan seseorang saja. Tapi siapa? Diari untuk suamiku menjawab segala persoalannya pada ketika itu.
Diselak lagi helaian diari yang masih setia dalam pegangannya.

30 April 2010, 2.30 p.m.

Abang sayang… Hawa nak buat apa ini? Kenapa bila Hawa nak jaga hati Hawa untuk abang seorang, ada saja insan-insan yang hendak mencabuli hak itu? Mungkin dia dalam proses nak mencari bakal jodohnya, tapi kenapa dengan cara begitu. Bukan ke Islam dah menganjurkan cara yang terbaik untuk mencari jodoh. Merisik, meminang, bertunang kemudiannya alam perkahwinan.

Kenapa semua tu seolah ditolak ke tepi dan mereka mengamalkan trend begini? Rasanya… abang pun akan buat macam itu ke? Mengejar si dia dengan sehabis daya walaupun perempuan itu dah berusaha menjauhkan diri? Kalau ya abang pernah berbuat begitu… tidak banyak, tapi pasti ada sedikit rasa kecewa di hati Hawa. Kalau Hawa boleh menjaga hak abang, pasti saja abang pun boleh menjaga hak Hawa. Tak apa, Hawa akan sentiasa doakan abang tak kira di mana abang berada. Semoga abang akan terhindar dari perkara sedemikian rupa.

Salam dan sayang buat abang,
Nur Hawani.

Aku mengeluh kecil. Bait ayat yang tercatit walaupun sudah terakam dalam minda namun aku masih tidak jemu mengulang baca. Manakan tidak, kalau dalam setiap helaian coretan Hawa dalam buku ini adalah mengenai dia. Dia yang begitu gigih mengganggu gadis itu siang dan malam. Tak dapat jalankan misi di pejabat, dia turun padang nak buat ‘kacau’ di rumah sewa Hawa. Tak tersangka, semua itu tercoret dalam setiap barisan ayat dalam diari ini. Memang kaki complain betul Hawa ini. Complain pada bakal suami. Namun bila difikirkan cara Hawa yang begini, nampak manja saja tingkah gadis itu… mengadu pada yang hak katanya. Dan setiap kali dia membaca perkataan abang sayang, hatinya berbunga riang. Sungguh dia benar-benar sayangkan Nur Hawani. Tiada yang lain.

28 Mei 2010, 11:35 p.m.

Abang sayang… berani sungguh dia itu mengacau jodoh abang ini. Hawa dah buntu tak tahu nak buat apa. Gangguan dia hanya buat Hawa rasa tak selesa. Hawa tak suka bila orang menggangu Hawa dengan cara begini. Tak beradab. Tak bersopan. Dia pegang tangan Hawa abang! Hawa marah… dia senyum pula.

Abang… kalau abang berani buat macam itu dengan anak dara orang, siap abang!
Aku tak dapat nak menahan bibir aku dari meletuskan tawa. Aku membayangkan lagi wajah ayu Hawa mengucapkan ayat itu. Siap abang! Aduh… makin aku mengulang baca diari ini, makin bercambah rasa sayangku yang tidak pernah putus untuknya.

Aku akui, aku agak ‘nakal’ orangnya. Lebih-lebih lagi setelah bertemu empat mata dengan Hawa. Aku begitu bersungguh hendak memikatnya. Segala cara aku guna, melainkan cara yang telah disebutkan Hawa dalam diarinya. Mana aku nak tahu dia suka mengunakan kaedah itu. Ala-ala arrange marriage gitu. Kalau aku tahu, tak perlu aku menyakitkan hatinya dengan tingkah aku yang ikut suka hati aku saja. Aku tahu dia tak suka langsung.
Teringat pula pada satu kejadian yang benar-benar membuatkan permaisuri hatiku mengamuk sakan. Tak pernah aku tengok dia angin sehingga ke tahap itu sekali. Selama ini, habis kuat pun… dia jeling saja. Tapi kali ini menunjukkan dia betul-betul marah. Sebab, aku dengan selambanya pergi peluk dia. Mana dia tak marah. Hampir aku hilang ‘nyawa’ jugalah saat dia menghadiahkan penangan hebat di bahagian ‘sensitif’ tubuhku.

Di petang hari, kala awan merenjiskan hujan gerimis ke atas bumi yang kering, aku buat drama swasta. Aku kejar Hawa yang sudah berlari menjauhi aku. Mungkin dia ingat aku nak rogol dia agaknya. Tapi kalau dilihat gaya aku nampak begitulah. Elok dia tengah terpacak seorang diri nak pergi ke tempat parkir kereta. Aku dengan kuasa veto gaya suami dia saja pergi peluk dia dari belakang. Hah, sekali ambik habuan aku!

9 Jun 2010, 7:00 p.m.

Abang sayang… berani-berani dia peluk Hawa, abang. Dia buat Hawa takut. Dia buat Hawa rasa tak nak keluar dari rumah. Hawa rasa, Hawa dah mula bencikan dia. Walaupun Hawa takut nak pupuk rasa benci tu.
Mak selalu pesan dengan Hawa… jangan terlalu membenci, nanti bertukar jadi sayang pula. Hawa nak sayangkan abang seorang saja. Hawa tak nak dia. Dia bukan orang Hawa cari untuk menjadi imam Hawa. Hawa takkan boleh terima kalau abang berperwatakan macam tu. Kenapa orang zaman sekarang dah makin kurang menitikberatkan soal agama? Hawa bimbang…

Hawa harap, abang sayang… jangan begitulah hendaknya. Hawa selalu doa, tak pernah lupa… supaya abang akan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dari DIA. Semoga abang dapat jadi pemimpin keluarga yang soleh. Yang akan dapat pimpin Hawa dan anak-anak kita kelak. (Jauh benar angan-angan Hawa kan?) Jumpa abang pun belum… dah macam-macam pula Hawa berangan.

Kalau dia tahu akan angan-angan Hawa itu, awal-awal lagi dia akan hantar rombongan meminang. Buat susah payah dan buang tenaga saja mengurat gaya kasanova. Bukannya Hawa layan. Berbuih mulut dia menuturkan ayat yang bakal mencairkan hati-hati pendengarnya. Tapi Hawa… nak cair apanya, baru dia nak bergaya romantik, Hawa dah lesap dari pandangan mata.

Masih teringat lagi pada suatu petang itu…

AKU nampak saja kelibat Hawa di perhentian bas, laju saja aku memulas minyak motor Lagenda aku dah berhenti betul-betul di hadapannya. Dalam hati dah pelik, kenapa Hawa ada di stesyen bas? Kereta dia ada masalah ke? Kalau betul ada masalah, aku boleh hantar dia balik rumah. Sempat lagi aku buat planning ikut suka hati…

“Hawa… buat apa dekat sini?” tanpa dapat aku tahan, soalan itu juga yang meluncur keluar dari bibir. Rasa macam nak pergi hempuk saja kepala aku dekat tiang bus stop tu. Bodoh! Dah elok dia duduk dekat bus stop, mestilah tunggu bas… takkan nak beli ikan pula.
Soalan aku tak berjawab. Macam biasa. Dia tak pernah nak jawab sepatah apa pun yang aku tanya. Tapi aku tetap sabar. Sabar dalam nak memiliki hatinya yang terasa sukar saja untuk aku menggapainya. Sambil menanggalkan helmet untuk mempamerkan wajah aku yang kacak itu, aku berjalan merapati diri Hawa. Ini belum insaf lagi lepas dia bagi hadiah tendangan maut dekat aku dua bulan lepas. Aku labuhkan punggung betul-betul rapat dengan dia. Wajah Hawa tersentak. Aku nampak dengan jelas, wajahnya memerah dengan serta merta. Dia marah!

Terus saja dia bangun dan berdiri, mungkin dah berkira nak melangkah dari situ. Tapi aku lagi cepat menangkap lengannya.

“Lepaslah!!!” bentaknya. Buat pertama kali, dia marah aku guna mulut. Sebelum ini tak pernah. Tiba-tiba aku rasa macam dapat bunga saja. Parah betul tahap angau aku pada Hawa. Sampaikan dia marah pun aku rasa bahagia. Kalau beginilah rasa indahnya mendengar suaranya yang begitu mahal untuk aku… dia marah hari-hari pun aku tak kisah.
“Kenapa Hawa nak marah-marah ni? Riz nak berbaik saja dengan Hawa… salah ke?” soalku lembut. Dan secara automatik juga nama samaran aku bertukar jadi Riz. Selama ini elok saja orang lain panggil aku Man. Dengan Hawa… dan-dan aku tukar jadi Riz pula. Bunyinya agak glamour sikit dari Man. Hahaha. Sempat!

“Lepaslah!!!” itu juga yang diulang oleh Hawa. Entah apa masalah dia. Aku tak mengerti pada ketika itu. Susah sangat ke dia hendak berbicara dengan aku?
Bunyi hon yang membingitkan membuatkan aku tersentak. Kereta Nissan Murano berhenti betul-betul di hadapan bus stop itu. Aku nampak ada seorang lelaki keluar dari tempat pemandu. Aiseh… masa itu dah mula mengecut sedikit otot perut aku. Mahu aku kena belasah dekat bus stop ni, jatuh imej!

Dalam pada tengah kecut perut, hampir tersembul saja mata aku bila lelaki itu selamba saja memeluk bahu sayang aku ni. Sayang akulah… Nur Hawani. Naik sakit hati aku melihatnya. Dengan aku, dia bagi penendang. Dengan lelaki itu, dia layan dengan kasih sayang. Mana adilnya penilaian Hawa?

Aku kecewa sungguh. Mentanglah orang itu datang naik Nissan, langsung tak pandang aku ni. Aku pun ada keretalah. Honda Civic lagi. Cuma tak nak tunjuk saja. Bukan apa, takut Hawa pengsan tengok aku guna Honda Civic versi 90-an. Kereta warisan tu, tak boleh nak bertukar sesuka hati.

Akhirnya tanpa dapat berbuat apa, aku melihat saja Nissan Murano itu meluncur laju membawa Hawa aku. Masa itu apa yang aku rasa hanyalah kecewa, sedih, dukacita dan segala yang sewaktu dengannya. Namun tidak lagi setelah aku dapat tahu perkara yang sebenar.

25 Ogos 2010, 10:15 p.m

Abang sayang… hari ini lagi sekali, Hawa kena kacau dengan budak ‘jahat’ tu! Nasib baik tau… along cepat sampai. Sudahlah kereta Hawa rosak. Kesian, terpaksa menyusahkan along untuk datang ambil Hawa. Tapi ada hikmah juga. Hawa nampak muka budak ‘jahat’ tu berubah terus. Lepas ni, dia takkan kacau Hawa lagi rasanya.  Hawa dah boleh senyum lega. (Kalau sekarang ni, Hawa ada depan mata abang… jangan lupa minta Hawa senyum ya. Hawa nak abang tengok betapa indahnya senyuman Hawa untuk abang) =)
Bakal isteri abang ni, perasankan? Hawa pasti… abang pun punya perwatakan yang sama. Perasan juga!

Benarlah kenyataan dan kebenaran itu. Aku memang perasan. Malah sangat perasan. Bila baca Hawa tulis macam itu, aku rasa macam senyuman aku tak nak hilang saja. Ah, rindunya aku pada senyuman manis dia. Memang, keindahan senyuman Hawa tiada tolok bandingannya. Aku harus akui, segala yang ada pada Hawa semuanya indah belaka.
Tangan aku masih ringan lagi menyelak ke muka yang seterusnya. Sempat lagi aku mengerling ke arah jam. Sudah pukul 2 pagi. Bila buka saja diari ini, aku rasa segala mengantuk yang bersarang sudah hilang. Mataku terasa segar. Lantas aku teruskan saja membaca coretan insan yang aku cintai itu.

10 Oktober 2010, 10:10 a.m

Abang sayang… cantikkan tarikh dan waktu dicoretkan perasaan Hawa dalam diari ini? Hawa tengah gembira ni. Mak cakap ada orang nak masuk meminang. Abang ke tu? Hawa doa-doa… semoga inilah yang telah dijanjikan oleh DIA untuk kita. Hawa berharap sangatlah… abang dapat datang sunting Hawa secepat yang mungkin. Sebab, kebelakangan ini… Hawa asyik mimpi yang aneh-aneh saja.

Hawa mimpikan seseorang… mungkin itu abang. Rupanya tak jelas. Tapi Hawa macam pernah tengok saja. Kita mungkin pernah jumpa ya? Hawa teruja sangat nak tunggu hari pernikahan kita. Oh ya… di kala abang membaca diari, tolong jangan rasa pelik sebab Hawa tak nak jumpa abang sepanjang tempoh pertunangan kita. Sebab banyak lagi yang Hawa nak coretkan untuk tatapan dan bacaan abang usai kita menjadi suami isteri yang sah.
Abang… Hawa rasa, abang ada dekat dengan Hawa. Perasaan macam ini mengganggu sebenarnya. Abang rasa ke apa yang Hawa rasa sekarang ni?

Pada tarikh itu rasanya ia merupakan hari yang paling teruk aku pernah alami. Emak masuk meminang anak gadis siapa entah tanpa bertanya pada aku. Tarikh yang tercatat di diari Hawa. Kalaulah aku tahu yang emak pergi pinang itu adalah Hawa, tak perlulah aku nak sakit hati bagai orang gila. Dah tentu-tentu aku rasa gembira saja.

Macam mana emak aku boleh tiba-tiba masuk meminang Hawa? Aku pun tahu dekat-dekat tarikh pernikahan kami. Emak dengan abah Hawa sebenarnya adik beradik sangkut paut dari salasilah datuk dan nenek aku. Aku nak terangkan pun macam terbelit sebab relation dia orang pun agak membelitkan otak aku juga. Itu semua aku dah tak nampak pentingnya. Yang aku nampak… Hawa seorang saja.

Betullah macam Hawa cakap. Perasaan bila berada dekat dengan Hawa memang sangat lain rasanya. Rasa berdebar. Gementar. Boleh jadi sebab ini kot dia tak dapat nak bercakap dengan aku. Sebab dia rasa nervous. Itu yang dia malu nak cakap. Tapi… tak boleh nak kata sahih juga. Sebab dia tak suka pandang pun muka aku ni. Sampaikan dah dekat tarikh nikah pun, dia masih tak tahu yang aku ni calon jodoh dia. Punyalah berpegang dengan azam dia, nak kenal aku lepas sudah sah jadi suami dia.

1 Januari 2011, 12:00 p.m

Abang sayang… hari ni hari pernikahan kita. Hawa dah nampak abang. Pertama kali Hawa sentuh tangan abang dengan rela. Sebab sebelum ini abang yang ambil kesempatan dengan Hawa. Nak tahu apa perasaan Hawa lepas tahu siapa suami Hawa? Hawa kecewa. Hawa kecewa sebab abang langsung tak pernah nak jaga hak Hawa dalam diri abang. Sedangkan Hawa…

Pertama kali Hawa jumpa abang di pejabat, Hawa rasakan debaran yang meresahkan jiwa Hawa. Tapi Hawa tolak semua tu. Hawa tak nak terleka dengan cinta yang Hawa tak pasti adakah abang pemiliknya.

Setiap kali abang menghampiri Hawa… tak dapat dinafikan, rasa benci makin memuncak. Hawa memang tak pernah berniat nak bencikan diri abang, sebab Hawa takut Hawa terjatuh suka. Hawa minta maaf dengan  abang… Hawa dah berjanji, Hawa akan cintakan suami Hawa saja, tapi tanpa Hawa sedar… sebenarnya sudah ada rasa kasih dalam diri Hawa untuk abang. Mujur saja abang pemilik rusuk yang berkongsi dengan Hawa. Kalau tak… Hawa tak tahulah.

Abang… Hawa harap perkahwinan ini adalah lembaran baru dalam hidup kita. Segala yang Hawa coretkan dalam diari ni, hanya untuk tatapan abang seorang saja. Segala nukilan ini adalah untuk bacaan abang saja. Dan ini adalah kali terakhir Hawa menulis untuk abang. Lepas ini takkan ada dah… sebab, Hawa dah ada abang di depan mata Hawa.
Siapa pun abang sebelum ni... teruk macam mana pun sikap abang sebelum ni, Hawa takkan mengungkit sebab Hawa nak kita sama-sama cari keredhaan Allah dalam hubungan suci ini. Hawa nak kita sama-sama dekatkan diri dengan DIA supaya diberkati hubungan yang halal ini.

Dan sebagai penutup kalam… diari untuk suamiku, Hawa bimbang tak sempat nak luahkan secara bersemuka dengan abang perkara ini… apa yang Hawa rasakan pada saat ini. Setelah hampir dua jam menjadi Puan Nur Hawani, Hawa rasa… perasaan yang sangat indah.
Buat suamiku, Muhammad Rizman Huzaimi… Nur Hawani Bazli sangat mencintai abang. Dari detik ini dan insyaAllah, akan kekal hingga ke sana. Selamat pengantin baru abang sayang…

Ingat ya, Hawa sangat sayangkan abang =)

Salam dan sayang untuk abang,
Isteri abang, Nur Hawani.
Abang ingat sayang. Abang akan sentiasa ingat yang sayang sangat sayangkan abang. Ucapan itu disahut hatiku. Hatiku sudah mula dibanjiri rasa pilu. Mataku berkalih semula ke sebelah katilku yang kosong. Dan tidak pernah berpenghuni pun selama ini. Bagaimana hendak diungkapkan apa yang bersarang dalam hati, di kala bahagia melingkari diri, segala sudah ditarik kembali.

Allah Maha Kuasa. Dia lebih sayangkan Hawa. Dan catatan terakhir Hawa adalah benar-benar hari terakhirnya bernafas di muka bumi ini. Dalam sekelip mata saja Hawa sudah tiada. Hawa meninggal dunia usai menunaikan solat zohor di rumahnya sebelum berangkat ke majlis persandingan kami. Dia pergi meninggalkan aku mengharungi hari-hari mendatang membawa gelaran pengantin baru itu dengan seorang diri. Saban malam aku menangis. Saban malam aku merintih.

Yang aku ada untuk dikenang, hanyalah diari Hawa yang membuatkan aku seolah berbicara dengannya. Hanya ini saja yang membantu aku mengenali diri isteri aku. Walaupun dia tidak pernah berbicara dengan aku walau sepatah pun semasa nyawanya masih ada, tapi segala coretannya sama seperti dia sedang berbicara denganku. Luahan hatinya yang membolehkan aku tersenyum juga walaupun hati bersalut duka ketika terkenangkan dia.
Setiap catatan Hawa pasti ada menyebut, Hawa akan doakan abang. Tak lupa sekalipun. Sekarang ini tanggungjawab aku pula… abang akan doakan Hawa. Semoga dicucuri rahmatNYA. InsyaAllah, nantikan abang di SANA sayang… abang sangat mencintai sayang. Muhammad Rizman sangat mencintai Nur Hawani. Biarpun kita tak dapat berdamping di dunia untuk tempoh yang lama… insyaAllah, semoga sayang akan menjadi pendamping abang di SANA kelak.

            Tanpa aku pinta, air mataku sudah mula menitis. Perlahan aku menutup semula ‘diari untuk suamiku’ yang selamat berada dalam simpanan aku sudah tiga tahun lamanya. Aku letakkan ia di sisi katil yang juga memuatkan gambar pernikahan aku dan Hawa. Senyuman manis itu tak akan sirna dari ingatan sampai bila-bila. Itulah senyuman yang paling manis Hawa hadiahkan buat diriku. Buat dia yang bergelar suami Hawa. Dan benarlah kata Hawa… senyuman yang terukir di wajah itu sememangnya sangat indah dan tiada tolok bandingannya.

RENUNGAN MASA TUA



"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.

Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.


2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.


3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !


4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.


5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.


Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.


Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.


Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.



6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!


Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.




7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 
Aku berdoa..... 

  • Muliakanlah yang membaca pesan ini
  • Lapangkanlah hatinya
  • Bahagiakanlah keluarganya, dan
  • Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
  • Mudahkan segala urusannya
  • Kabulkan cita-citanya
  • Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka
  • Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
  • Jauhkan dari segala Musibah
  • Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
  • Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

CERPEN SERAM SUAM2 KUKU : "HAI ABG LAPTOP"


“Hai Abang Laptop… tengah buat apa tu?” Diam sahaja dia tak menjawab. Fazura termenung sejenak. Abang Laptop ni buang tabiat ke? Fazura datang pun buat tak layan.


“Laptop saya dah siap ke belum?” Soal Fazura wanita bermata bundar yang suka sangat mengganggu Abang Laptop yang sedang bekerja. Dia yang berdiri di luar pejabat Abang Laptop tu tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menyental rambut yang ikal mayang.

Sibuk bertanyakan laptopnya yang dikatakan sering rosak. Oleh kerana mahu ia dibaikpulih maka dia seringkali menghantarnya kepada Abang Laptop. Abang Laptop pada pagi ini macam ada masalah. Wajahnya berkerut sahaja ketika sedang pateri litar pada motherboard laptop. Begitu serius ketika bekerja, patutlah tidak melayani kehadiran Fazura.

“Sampai hati tak layan kita.” Nada Fazura merajuk.

Memang lelaki yang berambut lurus berbadna tegap itu tidak mahu melayani Fazura ketika kusyuk bekerja. Lagipun hari-hari dia nampak wajah Fazura. Sudah naik bosan. Tambah lagi, kes laptop milik gadis itu. Bukan ada banyak masalah apa pun tapi entah macam mana si wanita comel itu menggunakannya pun dia tak tahu. Asyik hanging sahaja. Bila minta digantikan hard disk, (cekera keras) Fazura tak mahu. Katanya terlalu mahal.

Abang Laptop itu pun bangun dan melangkah ke arah Fazura tapi sedikit pun tak pandang Fazura. Apa masalah Abang Laptop ni?

“Abang!” Bentak Fazura tapi tiada respon.

“Hurm…” Akhirnya terdengar Abang Laptop mengeluh. Tersenyum Fazura sambil pandang wajah yang kacak dengan lesung pipit itu. Oh Abang Laptop…

“Kenapa dengan abang ni?”

“Berhenti daripada panggil aku dengan nama tu.”

“Nak panggil jugak!” Fazura berdegil.

“Sekali lagi kau panggil aku dengan nama tu, aku tak akan layan, faham?”

“Tapi saya kan pelanggan Abang Laptop, abang kena layan saya sebab saya tahu abang sayang saya.”

“Gila.”

“Memang saya gila. Saya gilakan abang.”

Perempuan ni meroyan ke apa? Tergila-gilakan aku ni apasal? Abang Laptop membelek-belek fail di rak. Ia adalah untuk catatan.

“Abang cari apa?”

“Cari pasal.”

“Saya pun cari pasal. Abang cari ni, kan?” Fazura tunjukkan fail rekod pelanggan. Laju betul tangan gadis itu mencuri fail orang. Sakitnya hati Abang Laptop.

“Bawa sini! Kenapa usik barang orang?” Marah Abang Laptop.

“Sebab abang dah usik hati saya.” Selamba tutur Fazura.

Sesaknya nafas di pagi ini. Kehadiran gadis bernama Fazura itu membuatkan Abang Laptop kehilangan tumpuan bekerja. Awal-awal pagi sudah datang ke premis perniagaannya semata-mana nak tahu kerosakan laptop. Baru sahaja hantar petang semalam, pagi ini sudah nak tengok siap. Gila ke apa? Kena ikut giliran la!

“Bila masa aku usik hati kau, hah?” Abang Laptop dah naik muak dengan gelagat Fazura yang tidak tahu malu itu.

“Dengan kekasaran abang. Saya suka lelaki yang garang macam abang.” Ucap Fazura. Dalam masa yang sama, Abang Laptop cuba merampas kembali fail itu tetapi gagal. Laju pula Fazura mengelak.

“Kau ni dah lah masuk pejabat aku sesuka hati. Lepas tu rampas barang aku. Apa kau ingat kau ni pihak berkuasa ke?” Bebel Abang Laptop dengan kening lebat terangkat.

Kadangkala perempuan ni nampak pelik. Bila sudah suka dekat seseorang maka kesengalan akan terserlah. Bila tak suka lagilah nampak sengalnya. Sekarang kenapa aku? Kenapa aku yang dia asyik kacau? Bisik hati Abang Laptop.

“Pintu tak berkunci, jadi saya masuklah.” Begitu mudah jawapan Fazura.

“Kalau tak berkunci main terjah aje lah ye? Apa kau fikir pejabat aku ni rumah tumpangan ke?”

“Saya tak cakap, tapi dah macam rumah tumpangan pun. Abang tak pernah balik rumah, kan? Abang tidur sini.” Ujar Fazura. Segalanya diselidik. Huh!

“Wei, suka hati akulah nak tidur mana pun. Yang kau banyak cakap ni kenapa?”

“Okey, laptop saya dah siap ke?” Fazura ubah topik terus bertanya mengenai laptop.

“Ini kali terakhir aku repair laptop kau. Selepas ni jangan rosak lagi. Tunggu sini!”

Abang Laptop terus masuk semula ke pejabat dan mengambil laptop kepunyaan Fazura. Kemudian diberikan kepada Fazura. Fazura letak fail di atas rak semula kemudian mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh Abang Laptop.

“Abang!!!”

“Apa?”

“Kenapa macam ni?” Fazura geram.

“Apa?”

“Kenapa laptop saya jadi macam ni?” Marah Fazura kerana laptop itu barai. Ia tidak dipasang semula setelah dibuka satu persatu. Ambik kau! Dah nak sangat. Laptop belum siap tapi sibuk nak ambil. Sekarang rasakan.

Fazura terus menangis . Abang Laptop terus memeluk Fazura. Di saat Fazura menangis, Abang Laptop turut menitiskan air mata. Dia terpaksa melalui hari-hari sedemikian demi membahagiakan Fazura. Kerana terlalu sayang dan cinta, dia rela. Rela menjaga Fazura.

Tidak jauh dari sudut itu, seorang ibu tunggal turut bergenang air mata. Air mata yang penuh dengan kekecewaan. Seorang ibu yang tidak mampu berjalan. Hanya duduk di atas kerusi roda sahaja.



Lima tahun lalu…



“ABANG… Zura sayang sangat-sangat pada abang.”

“Abang juga sayang. Walaupun abang diberikan segunung emas, abang takkan tukar awak, Zura.” Ucap Abang Laptop.

Cinta mereka berputik ketika Fazura perlukan bantuan. Laptop Fazura ada masalah saat dia perlu menghantar tugasan terakhir kepada pensyarah. Dokumen penting ada dalam laptop itu. Kehadiran Fazura ke premis perniagaan Abang Laptop mengundang cinta pandang pertama. Abang Laptop terpesona dengan kecantikan gadis itu. Tapi sengaja menyembunyi perasaan itu.

Bukan senang hendak memenangi hati Fazura. Tapi lama kelamaan kerak nasi akhirnya lembut direndam air. Percintaan terhalang oleh orang tua. Itu biasa terjadi dan Abang Laptop mengharunginya dengan penuh tenang dan sabar.

“Kau mana layak kahwin dengan anak aku!”

“Tapi saya mencintai Fazura, pak cik.”

“Cinta dan dengan motor cabuk kau tu, mana boleh beri anak aku kebahagiaan.”

Dari jauh Abang Laptop datang dengan motosikal semata-mata merisik sendiri si anak gadis yang dicintai. Dari Terengganu ke Segamat hanya dengan motosikal. Sanggup meredah hujan ketika dalam perjalanan. Sesampai di sana pun Abang Laptop demam.

Halangan itu terpaksa ditempuhi. Fazura yang mendengar kata-kata ayahnya terus mendakap ibu di tempat yang terlindung. Fazura sengaja mahu mendengar ucapan mereka dan ternyata ia mengecewakan.

“Abang… bawa Zura pergi bang. Culik Zura bang.” Fazura merayu.

“Abang dah tak dapat buat apa-apa sayang.” Abang Laptop hampa. Wajahnya berkerut seribu.

Fazura juga terkilan. Selama ini dia terfikir ayahnyasporting tetapi ternyata ayahnya tidak merestui perhubungan dia dengan Abang Laptop.



***



ABANG Laptop sibuk dengan kerjanya di kedai itu. Dia mesti menyiapkan kerja yang tertangguh itu sehingga lewat malam. Dia tidak mahu pelanggan tertunggu-tunggu bahkan dia mahu siap dalam waktu yang dijanjikan. Sedang dia sendirian di situ, elektrik tiba-tiba terputus.

“Huh!” dia tiba-tiba geram sendiri. Baru nak siap tapi elektrik pula terpusuts. Oleh itu dia mengumam geram.

Dia ambil lampu picit di dalam laci lalu dihidupkan. Dia kembali ke DB untuk menghidupkan kembali elektrik. Sesudah itu lampu kembali menerangi ruang kedai kecilnya.

Apa yang dia lakukan sebenarnya serba tidak kena. Semenjak lamarannya ditolak, hati dan perasaannya tidak tenteram walaupun dia cuba menelannya namun tetap terasa pahit. Dia mengalihkan perhatina dengan fokus pada kerja.

Dia melangkah semula ke meja kerja dan lampu picit dimatikan. Dia melihat jam di dinding, pukul 1 pagi. Matanya masih terang kerana tadi dia telah bancuh secawan kopi dan meminumnya agar dia tidak cepat mengantuk.

Tidak semena-mena pintu kedai diketuk. Dia menoleh. Entah siapa yang datang pada waktu pagi begini. Dia selak langsir tingkap, tiada orang di hadapan pintu itu. Dia berpaling lagi dan selangkah dia maju, pintu itu diketuk lagi.

“Siapa tu?” Tanya Abang Laptop.

Diam.

Cuaca tiba-tiba dingin menjarum tubuh. Dia mengeluh setelah merasa seram sejuk. Tiba-tiba sahaja bulu romanya merinding. Peluh menitis laju setelah terbit dari liang-liang roma.

Sekali lagi pintu diketuk dan dia melangkah semula mendekati pintu itu. Pintu tidak henti-henti diketuk dan dengan perlahan-lahan dia menghulurkan tangan untuk memulas tombol pintu masuk utama itu. Ketukan itu terhenti dan tangan dia kaku. Dia berkira-kira sama ada mahu membukanya atau pun tidak.

Perasaan ingin tahu membuak-buak lantas dia membuat pilihan untuk membukanya. Pantas dia membuka pintu itu lalu dia menjengulkan kepala menolah kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Huh! Siapa yang main-main ni? Dia manu menutup semula pintu. Tidak diduga…

“Tolong baiki laptop saya…”

“Hah?” Tersentak Abang Laptop awal pagi begini ada orang minta baiki laptop. Dia menoleh lagi tapi tiada siapa. Bila dia berpaling untuk beredar lampu terpadam lagi. Dia segera mendapatkan lampu picitnya dalam kesamaran malam. Cepat-cepat dia hidupkan lampu picit itu tapi saat dihalakan lampu tersebut benda itu betul-betul sudah berdiri di hadapannya. Rambutnya panjang, wajahnya buruk, matanya keluar darah dan baunya sangat busuk seperti bangkai yang terbiar. Sungguh menusuk rongga.

“Pergi!!!” Abang Laptop terperanjat lalu menghalau benda itu. Dia dikejutkan lagi dengan bunyi telefon. Ketika dia tersentak, lampu kedai terus kembali sedia kala. Dia memandang telefon bimbit di atas meja bersama resah dan gelisah.

Huh! Dia melepaskan nafas lega. Ibunya telefon.

“Sulaiman… kenapa kau tak balik lagi ni, mak risaulah…” Sudah besar panjang pun Abang Laptop masih dirisau ibu. Dia banyak kerja jadi terpaksa pulang lewat.

Lambat Abang Laptop mahu beri maklumbalas kerana jantungnya masih berdebar. Jawapan belum diberikan.

“Sulaiman…” Panggil ibunya.

“Nanti Sulaiman balik mak, nak habiskan kerja sikit lagi ni.” Alasan diberikan kepada ibunya.

“Jangan lewat sangat, mak tak sedap hati ni.” Ramlas menyuarakan kebimbangan.

“Tak ada apa-apa mak…” Balas Abang Laptop.





***



“SAMPAI hati ayah buat Zura macam ni.”

“Jadi kau nak lawan cakap ayah kau ni ke? Zura, ayah bagi kau pendidikan untuk kau tahu menilai tapi bukan memilih untuk hidup dengan lelaki tu. Entah betul ke tidak dia berniaga.” Zahir tidak berkenan dengan Abang Laptop.

“Saya yakin ayah, dia boleh jaga Zura.”

“Ayah tak setuju kau kahwin dengan dia. Kau boleh cari lelaki yang jauh lebih baik dari dia. Kau belum tamat mengaji lagi dekat Uitm Dungun tu! Kenapa gatal nak kahwin, hah?!” Bentak Zahir yang geram, anaknya jatuh hati pada orang sana dan bukannya sibuk mencari ilmu.

“Mak…” Fazura menoleh pula pada ibunya, Rasidah. Rasidah mengeluh seolah-olah tidak mampu membantah keputusan si suami. Kalau diukur dari luaran, memang Abang Laptop nampak baik, tapi kebaikan sahaja tidak cukup menjaminkan kebahagiaan jikalau tiada harta. Gelengan ibunya juga amat mengecewakan Fazura.

Zahir terus keluar dari rumah dan pergi entah ke mana membawa kemarahan di dalam hati mengenangkan sikap Fazura yang sangat degil itu.

“Kenapa ayah tak suka pilihan Zura, mak?” Air mata Fazura tegar menitis.

“Zura… kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup buat ayah kau terkilan dengan kamu? Mak faham perasaan kau tapi kenapa kau tak boleh tunggu selepas kau tampat pengajian dekat sana dulu?” Rasidah menggosok bahu anaknya.

“Zura sayang dia.” Tulus ucapan Fazura yang tidak tertahan menanggung seksa rindu. “Sekarang ni dia tak angkat call Zura, tak balas SMS Zura. Semua sebab ayah mak. Ayah dah buat dia kecewa.” Fazura sebak.

Kedua-dua belah bahu Fazura dipegang Rasidah. Rasidah mahu Fazura melihat kedalam matanya.

“Dengar sini, mana yang menjadi keutamaan kau, keluarga atau lelaki tu?” Rasidah mempersoalkan tentang pilihan itu. Dia mahu Fazura buat keputusan.

Fazura diam. Jiwanya kacau. Pilihan jawapan yang sukar untuk ditentukan. Menjadi anak tunggal dalam keluarga ini memang menyukarkan keadaan.



***



ABANG Laptop bermenung sendirian di kerusi malas. Sekejap dia mengeluh melepaskan rasa kecewa. Risikan dia pernah ditolak mentah-mentah. Fikirannya masih terganggu malah emosinya juga tidak menentu. Cerita malam tadi juga tidak dikongsi bersama ibunya. Barangkali itu hanyalah permainan perasaannya sahaja.

“Sulaiman…” Terdengar suara ibunya menyebut namanya.

“Ya mak.” Abang Laptop menoleh dan terus bangun dari tempat dia bermalas-malasan di senja hari.

“Tak baik kau bermenung macam ni, Sulaiman.” Ujar Ramlas yang malam tadi begitu risaukan anaknya yang sejak kebelakangan ini lebih banyak diam daripada banyak bercakap. Abang Laptop mengukir senyuman palsu.

“Tak ada apa-apa mak. Bukan menung apa, Sulaiman hanya fikirkan macam mana nak majukan perniagaan Sulaiman tu aje mak.” Abang Laptop berbohong.

“Kenapa Sulaiman nak tipu mak?”

“Eh, tak mak. Sulaiman tak tipu. Sulaiman cakap benda betul ni mak.” Abang Laptop tetap mahu mempertahankan kepalsuan.

“Mak tahu, kau terfikirkan Fazura.” Telahan Ramlas memang tepat.

“Hurm…”

“Sulaiman… jodoh kita dah ditentukan Allah, kalau Fazura itu adalah jodoh kamu, dia akan kembali kepada kamu. Tapi kamu kena redha kalau Fazura itu bukan jodoh kamu.” Ucap Ramlas sambil tepuk bahu Abang Laptop.

“Tapi Sulaiman rasa terhina, mak. Sulaiman akan buktikan bahawa Sulaiman juga boleh berjaya.” Ujar Abang Laptop penuh yakin.

“Mak yakin, kamu boleh. Tapi kamu mesti ada seseorang yang boleh berikan kamu semangat.”

“Mak adalah semangat Sulaiman.” Ucap Abang Laptop yang mengharukan hati si ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusunya sehingga besar panjang. Kini masa untuk Abang Laptop membalas jasa ibu kesayangan. Ayah dah lama tak ada, kini tinggal dia dan ibu sahaja. Adiknya juga sudah lama meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.

“Abang…” Tersentak Abang Laptop dan Ramlas melihat seorang gadis berdiri di hadapan rumahnya.

“Zura?”



***



RAMLAS memandang wajah hambar Fazura yang kesedihan di atas keputusan bodoh yang dibuat. Kenapa Fazura bertindak begini? Abang Laptop juga kehairanan.

“Kenapa Fazura buat macam ni?” Ramlas menyoal Fazura yang duduk di kerusi. Abang Laptop menoleh ke arah ibunya sementara Fazura pula tunduk bermain dengan jari jemari.

Memang tidak manis dipandang orang anak gadis tinggal di rumah ini yang ada anak teruna. Tapi Fazura berkorban rasa datang ke situ.

Kelihatan Fazura enggan menjawab pertanyaan Ramlas lalu Ramlas memandang Abang Laptop. Abang Laptop seolah-olah mengerti maksud pandangan mata itu. Segera dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Fazura malu agaknya bila Abang Laptop ada di situ.

“Zura…” Sebut Ramlas.

“Sebenarnya, Zura sayangkan Abang Laptop, Zura betul-betul mencintai anak mak cik tu. Zura pun tak tahu kenapa.” Fazura tidak langsung ralat menyebut nama itu. Terkadang Abang Laptop mahu tergelak. Fazura suka panggil begitu.

“Tapi Zura tak boleh buat macam ni. Nanti mak dan ayah kamu bimbang.” Ramlas risau dengan keadaan sekarang.

“Zura tak tahu.”

“Zura jangan ikutkan hati dan perasaan sangat. Mak cik tak nak masalah timbul dikemudian hari nanti.” Ramlas tidak mampu hendak menangkan sesiapa.

“Kalau Zura tak dapat kahwin dengan Abang Laptop, tahulah apa Zura nak buat.” Kata Fazura memeranjatkan Ramlas.



***



“ABANG! Anak kita terlantar di hospital besar Kuala Terengganu bang!”

“Biar! Biar dia mati. Dia dah mengaibkan keluarga kita.” Zahir marah. Dia tidak tahu apa yang diucapkannya itu merupakan satu doa.

“Tapi dia cuba bunuh diri!” Marah Rasidah pada suaminya yang suka cakap lepas sahaja tanpa berfikir. “Fazura telan racun tikus! Tahu tak?!” Sambung Rasidah lagi.

“Hah?” Zahir baru tersedar dari berkata-kata marah. Tersentak anak perempuannya itu buat hal yang sangat keji. Kenapa nak bunuh diri? Tak ada agama ke? Bermacam-macam yang berlegar di benaknya.

“Sulaiman call, beritahu saya.”

“Tapi abang rasa, ini macam rancangan mereka aje untuk dikahwinkan. Budak-budak zaman sekarang penuh dengan muslihat!” Zahir tetap nak menang. Dia berfikir lagi. Mungkin mereka sengaja mencipta alasan yang tidak munasabah.

“Sekarang ni bukan soal jodoh yang saya bimbang, tapi nyawa anak kita. Kita yang malu nanti bang kalau anak kita betul-betul mati bunuh diri. Dia satu-satunya anak perempuan kita bang. Sampai bila abang nak ego macam ni?” Rasidah mengenang air mata bimbang.

Zahir mati kutu. Sungguh tidak terduga anak gadisnya semakin melampau. Mahu atau pun tidak dia mesti ke Terengganu!

Diberikan ilmu tapi cetek pula pemikiran. Bertindak terburu-buru tanpa memikirkan perasaan orang tua. Memang mengharukan hidup kedua-dua orang tuanya. Tepi kerana cinta, mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah mengorbankan diri sendiri tanpa fikir panjang, tanpa fikir baik dan buruk, dosa atau pahala.

“Anak kita tu macam dah tak ada iman!” Bebel Zahir.

“Tu la abang, sepatutnya abang tak perlu halang kehendak hatinya. Sekarang tengok apa dah jadi.”

“Masalahnya sekarang, kenapa dia tak pilih orang lain je?”

“Eh! Kalau saya juga pilih orang lain, abang bahagia tak?”

“Apa awak merepek ni?” Zahir mengerling sambil bergegas mendapatkan kunci kereta. Sempat lagi mereka berdua bertengkar.

“Saya tak merepek.” Jawab Rasidah.

“Anak kita tu memang dah pelik.” Balas Zahir.

Di dalam kereta, ada wanita berambut panjang mengurai duduk menumpang ikut bersama ke destinasi tujuan Zahir dan Rasidah.



***



“ZURA, bangun…” Abang Laptop merayu-rayu supaya Fazura sedarkan diri. Dia menemani Fazura yang sedang kritikal. Kenapa tergamak Fazura bertindak bodoh sedemikian rupa?

Fazura masih koma. Ramlas menarik tangan Abang Laptop lalu dibawa keluar untuk berbincang sesuatu. Sebagai seorang ibu, Ramlas dapat merasa sesuatu.

“Cakap jujur dengan mak. Apa yang kau dah buat?”

“Sulaiman tak buat apa-apa pun mak.”

“Jangan bohong mak.”

“Betul mak. Sulaiman tak buat apa-apa pun.” Abang Laptop tidak tahu apa yang dimaksudkan ibunya.



***



“SETUJU apa pun tidak, Fazura tetap akan jadi milik saya, pak cik.” Abang Laptop nekad.

“Aku tak akan walikan dia untuk kahwin dengan kau. Kau memang tak layak.” Zahir bertengkar dengan Abang Laptop di sebuah kedai.

“Tapi saya mencintai dia.”

“Kau nak kenyangkan dia dengan cinta kau tu ke? Kau tinggal di rumah pun nak roboh, ada hati nak kahwin dengan anak aku? Kau cerminkan diri kau tu dulu. Kau ambil duit ni, kau tinggalkan dia. Jangan ganggu hidup dia.” Ucap Zahir menukarkan wang dengan cinta.

“Saya tak nak wang pak cik.” Balas Abang Laptop.

“Sekarang anak aku dah tak nak ikut aku balik. Semuanya sebab kau. Dia dah jadi anak durhaka.”

“Cuma satu aje caranya untuk pakcik lepaskan dosanya. Izinkanlah saya yang menanggungnya pula.” Balas Abang Laptop.

“Kau jangan cakap pakai kepala lutut. Apa yang aku nak, kau jauhi anak aku, faham?” Zahir bangun dcengan wajah kemerahan dan meninggalkan Abang Laptop terpisat-pisat di situ.

Zahir meninggalkan Zahir cek RM20 ribu untuk menukar cinta. Wang bukan segala-galanya. Dia tidak mahu menerima wang itu. Dia mengejar langkah Zahir. Dia mahu pulangkan wang itu tetapi tiba-tiba dia terlihat orang berkumpul. Cepat-cepat Abang Laptop melihatnya.

Alangkah terkejutnya, Zahir dilanggar. Kepalanya terputus tangan juga putus. Kes langgar lari oleh sebuah kereta yang dikatakan dipandu secara berbahaya. Fazura masih koma tetapi Zahir pula telah kehilangan nyawa di tempat kejadian. Bagaimana untuk dia beritahu pada isteri dan anak Zahir nanti? Argh!

Terdapat bayang-bayang tanpa jasad di sisi mayat itu. Mereka yang berada di situ langsung tidak perasan bayang-bayang itu milik siapa?



***



“ABANG!!!” Rasidah masih tidak dapat menerima kenyataan, suami tercinta telah mati. Mati dalam keadaan mengerikan. Rasidah ditenangkan oleh Ramlas. Dugaan hidup sangat perit.

“Kau bunuh suami aku! Kau pembunuh!” Rasidah menyalahkan Abang Laptop. Tidak semena-mena orang yang membantu dipersalahkan. Sungguh perit untuk Abang Laptop menelannya.

Malam yang cukup tegang itu mengundang resah di hati Abang Laptop. Entah kenapa jiwanya bertambah kacau. Dia melihat jasad Zahir bangkit terduduk. Terperanjat Abang Laptop tambah lagi dimarahi oleh Rasidah tidak tentu hala mengatakan dirinya telah membunuh Zahir. Penat-penat dia datang dari jauh semata-mata melawat jenazah Zahir sebelum disemadikan.

Beberapa kali lampu rumah Rasidah terpadam sendiri menyebabkan mereka berasa sedikit panik tetapi masih meneruskan bacaan surah Yasin.

Setelah selesai pengebumian Zahir, pada malam itu juga Abang Laptop membuat keputusan untuk pulang ke Dungun. Dalam perjalanan itu, dia ditemani seseorang yang dia sendiri tidak tahu. Kadangkala motosikalnya berasa berat namun dia ketepikan perasaan takut itu.



***



“CUKUPLAH Sulaiman. Cukuplah dengan apa yang kau dah buat. Mak sudah tidak sanggup lagi melihat penderitaan Fazura. Janganlah kau berdendam lagi dengan keluarga Fazura.” Ramlas menasihati.

“Mak… Sulaiman tak buat apa-apa pun.” Balas Abang Laptop di ruang tamu.

“Kenapa kau sanggup buat semua ni, Sulaiman? Kita ada Tuhan, kita mesti mengadu pada Allah. Bukan pada benda-benda karut. Mak tahu kau mengamalkan sesuatu yang salah. Setiap malam mak bau kemenyan, Sulaiman.”

“Apa yang mak merepek ni?”

“Mak tak merepek. Kenapa kau seksa dia sampai macam tu?” Ramlas seolah-olah menyalahkan Abang Laptop di atas apa yang berlaku.

Abang Laptop bangun dan dia berdiri di hadapan ibunya. Riak wajahnya tiba-tiba berubah. “Mak macam nak bela orang yang menghina saya dan keluarga kita? Mak nak sayang dia?”

“Tapi kenapa sampai macam ni Sulaiman. Masya-Allah.”

“Mak tanya saya orang yang dah lama mati kerana bersabar?” Jawab Abang Laptop.

“Masya-Allah, Sulaiman. Mengucap nak.”

“Sulaiman dah lama bersabar mak!” Bentak Abang Laptop sambil menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan seperti seorang yang sedang bercakap dengan langit.

“Tolong lepaskan Fazura.”

“Saya mencintai dia mak. Kalau saya tak dapat dia, orang lain pun tak boleh dapat.”

“Allahu Akbar.” Ramlas bergenang air mata.

“Saya tak akan benarkan orang lain rampas Fazura.” Abang Laptop terus melangkah untuk keluar.

“Kau nak ke mana?” Ramlas cuba halang. Dia bimbang kalau Abang Laptop buat perkara yang bukan-bukan nak merumitkan lagi keadaan. Ramlas sudah bingung. Dia mengejar Abang Laptop tetapi Ramlas tergelincir tangga. Abang Laptop langsung tidak menyedari ibunya terjatuh.

Dia terus ke sebuah tempat berjumpa seseorang. Di situ dia rasa tidak sedap hati. Kenapa semua ini berlaku pantas.

“Apa yang dah berlaku?”

“Kau langgar pantang.”

“Pantang?”

“Kau tengok melawat orang mati!”

“Bila saya buat macam tu?!”

“Kau jangan pura-pura lupa.”

Barulah Abang Laptop ingat dia melawat Zahir.

“Apa saya nak buat sekarang?”

“Kau tiada pilihan. Hanya menunggu derita mendampingimu.” Beritahu bomoh berkepala botak.

“Takkan tak ada cara lain?!” Peluh Abang Laptop menitis laju. Dia menahan debaran. Dia tidak mahu mati.

“Ada… kau tidak akan mati melainkan dia yang mati!” Kata tok bomoh itu. “Kau tunggu sahajalah kematian dia kalau minyak itu tidak kau kembali pada aku.” Sambung bomoh itu.

Laju Abang Laptop tinggalkan kawasan itu dan segera dia mencari tempat ditanamkan benda itu. Tetapi malangnya tidak ada. “Mana?! Mana?!” Abang Laptop cemas.



***



“HANYA selepas kematian Fazura dia jadi begitu.” Ucap Ramlas kepada Rasidah. Fazura telah menghembus nafas terakhir di hospital gara-gara cubaan membunuh diri.

Rasidah turut menangis teresak-esak. Dia kehilangan suami dan anak. Ramlas juga telah lumpuh akibat peristiwa lima tahun lalu. Setiap hari dia seringkali melihat Abang Laptop bercakap sendiri. Katanya bercakap dengan Fazura. Fazura setia dengannya.

“Saya tak sangka.” Rasidah menangis lagi.

“Tolong maafkan anak akak tu, Sidah. Dia dah terpesong. Kerana dia terlalu ikutkan kehendak hatinya. Dia terlalu mencintai Fazura.” Ucap Ramlas sekilas dia melihat gelagat Abang Laptop ke hulur ke hilir di pondok buruk sebelah rumah. Rumah itu dalam halusinasi Abang Laptop adalah tempat perniagaan.

Ramlas terkilan dengan sikap anaknya itu, Abang Laptop anak yang baik tetapi terpengaruh dengan bisikan hati sendiri. Betapa iman anaknya itu goyah dan tidak redha dengan apa yang dilalui sebelum ini.

“Saya tak faham kenapa dia boleh jadi macam tu, kak?” Rasidah masih bergenang air mata.

“Selepas arwah suami kamu menolak risikan dia, maka dia hilang punca. Sudah lama akak perhatikan dia dan bimbang kalau-kalau dia buat benda tak elok. Sangkaan akak tepat.” Ucap Ramlas menundukkan kepala. “Dia banyak mendiamkan diri dan tak banyak cakap.” Sambung Ramlas lagi.

Rasidah mendengar dengan penuh kusyhuk.

Ramlas mengeluh.

“Selepas tu apa jadi?” Tanya Rasidah.

“Benda tu ganggu Fazura selepas bawa Fazura sampai ke sini dan selepas tu, lain jadinya. Fazura tertekan lalu menelan racun.” Cerita Ramlas lagi.

“Benda?”

“Ya Sidah. Ada benda.”

“Apa maksud akak?”

“Minyak dagu.” Beritahu Ramlas. Terkejut Rasidah mendengarnya. Jadi kegilaan Fazura terhadap Abang Laptop adalah disebabkan minyak dagu! “Pada satu malam, perangai Sulaiman pelik dan dia tergesa-gesa keluar rumah. Akak tak sempat halang. Malangnya beginilah keadaan akak sekarang, Sidah.” Ramlas redha di atas apa yang terjadi ke atas dirinya. Dia kini lumpuh tidak berdaya lagi untuk berjalan.

“Sabar Kak Ramlas. Saya tak saya bahawa dugaan hidup akak juga sangat besar. Saya dah tak tahu apa lagi nak buat kak. Sungguh hati saya sedih.”

“Sidah maafkan keluarga akak ya.” Ramlas merayu. Merayu supaya mendapat kemaafan. Diharapkan tiada dendam dan benci bersarang di lubuk hati Rasidah.

“Jadi, apa yang buat Sulaiman kurang siuman kak? Maaf kak saya sahaja nak tahu.”

“Sebenarnya akak yang jumpa dekat mana dia tanam benda tu. Dia tanam dekat pokok pisang belakang rumah ni. Jadi akak ambil dan simpan dalam rumah. Jadi dia balik rumah cari benda tu. Bila dah dapat dia telan minyak tu sampai habis. Sekarang dia rasakan akibatnya.” Beritahu Ramlas.

Rasidah terdiam. Dia menggeleng perlahan. Lidahnya kelu seketika dan menoleh sekilas pada Abang Laptop yang sibuk mundar mandir.

“Akak… saya juga redah kak. Akak jangan bimbang ya kak. Semua ini kehendak takdir.” Air mata Rasidah juga tidak henti-henti menitis lalu dia memeluk Ramlas.

Ramlas rasa lega selepas maafnya diterima. Tenang rasanya setelah Rasidah melafazkan tiada dendam dan benci. Sebagai manusia biasa, sememangnya tidak pernah terlepas daripada kesilapan. Jadi, perjuangan hidup mesti diteruskan walaupun dilanda badai.

Sekarang Ramlas pula tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan anaknya itu. Dia berserah pada takdir dan dia juga tidak henti-henti berdoa agar Abang Laptop kembali normal dan tidak terus jadi begitu Kini Abang Laptop sering didatangi bayangan Fazura tidak kira masa dan ketika.



***



“Tolong saya…”

“Tolong saya…”

Abang Laptop mendengar rayuan itu. Segera dia membuka pintu. Dilihat sesusuk tubuh yang mengerikan ada di hadapan. Matanya merah, rambutnya panjang. Ditangannya ada sesuatu.

“Hai Abang Laptop… tolong baiki laptop saya ya…” disusuli hilai tawa.

“Mari sayang… mari…” Abang Laptop gembira Fazura datang menemaninya. Yang dipegang Fazura bukannya laptop tapi . . .

Harta Berharga Bagi Seorang Isteri

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh.


Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak.

Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

Jom tukar British Limited Edition ONECARD













Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang RM2

Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.
Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan.

Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la…Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang

Pisang Goreng Cheese

Pisang Goreng Cheese cukup popular sekitar pertengahan tahun ini. Ianya sangat mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang keterujaan orang ramai untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.

Ramai yang menceritakan dan mengambarkan betapa enak dan lazatnya bila dapat menikmati pisang goreng cheese. Bertambah enak lagi bila di makan ketika masih hangat.. pergh..!

Pisang Goreng Cheese di katakan dessert yang cukup popular di negara jiran Indonesia. Ianya di jual di jalanan dan sangat di gemari warga setempat maupun para pelancung.
Ada juga yang menyatakan resepi ini berasal dari Sabah. Tak kiralah dari mana asal usulnya, kini ia telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula.

Pada awal kemunculannya, tertanya-tanya juga.. sedap ke?

Cuba bayangkan pisang yang berenang dalam minyak di curahkan pula dengan susu pekat manis dan ditabur pula dengan cheese dan coklat rice.. ya Allah... berkilo-kilolah kalori berenang-renang dalam badan..

Apa bahan yang kita perlukan pastilah pisang. Pisang ni anda boleh guna apa-apa pisang yang sesuai untuk di goreng seperti pisang nipah, pisang tanduk, pisang nangka atau pisang lain yang sesuai di goreng.

Pisang janganlah terlalu keras dan jangan juga yang terlalu masak, yang sedang-sedang aje ya.. kalau muda sangat nanti dia keras dan tawar.. tak sedap pula. Kalau pisang masak sangat nanti dia benyek dan serap minyak yang banyak pula.

Jika di Indonesia, biasanya pisang ni di goreng terus dalam minyak panas tanpa di celup tepung. Tapi biasanya pisang ni kalau kita tak celup tepung dia akan menyerap minyak yang banyak. Rasanya pun tak berapa enak.

Ada juga sesetengah tempat di Indonesia ianya tidak di goreng sebaliknya di bakar.
Atau kalau nak lebih ringkas boleh lah guna tepung goreng pisang segera dari ADABI. Atau kalau nak yang lebih mudah lagi, bolehlah beli pisang yang dah siap di goreng dari gerai menjual goreng pisang berhampiran rumah anda.. ha.. mudah kan..

RESEPI:PISANG GORENG CHEESE

Pisang Goreng
Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur




Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan
Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.