“Kita putus!”
“Okey.” Erk?! Okey?? Biar
betul. Selambanya.
“Kita putus. P.U.T.U.S. Over.”
Tekan
ku lagi.
“Yupp, I know. It’s over.
Thanks by the way.” Lantas
dia berlalu bersama senyuman.
*****
setahun kemudian.
“kau gayut dengan sape?” soal Shahril
tika aku melangkah meninggalkan balkoni bersama telefon di tangan.
“Jiha.” Sepatah aku
bersuara sambil mengambil tempat di sebelah nya di sofa.
“Izara Najiha?” soalnya
terkejut. Lantas aku mengangguk.
“Kau dah couple balik dengan
dia ke?” tanya
Shahril lagi aku sambut dengan tawa kecil.
“Nope. Aku dengan dia kawan je
sekarang.” Jelas
aku sambil menonton berita di TV3.
“Ooooooo….” Sekilas aku
lihat dia terangguk-angguk.
*****
“Iz, jom lepak Bistro.” Ajak Jiha sambil
menempel di tepi Shahril. Sekilas dia senyum pada Shahril yang nyata terkejut
dengan kedatangannya itu.
“Okey, Bila?” soal ku.
“Hurmm, after your class.” Aku mengangkat
tangan tanda setuju.
“Kenapa korang tak couple
balik je?” tanya
Shahril selepas Jiha berlalu dari library.
“Perlu couple balik ke?” soal aku
kembali. Shahril mendengus bila soalannya aku jawab dengan soalan kembali. Aku
tersenyum sebelum menyambung.
“Berkawan lebih baik
dari berpacaran.”
“Pelik lah korang berdua ni,
kalau pasangan lain lepas putus mesti dah tak bertegur siap tarik-tarik muka
lagi kalau jumpa.” Kata-katanya
aku sambut dengan tawa.
“Orang tak matang je buat
macam tu. Aku dengan Jiha lain. Dah bukan jodoh kami bersama, redha je la.
Hidup perlu diteruskan. Sekarang kau pun nampak kan kami lebih serasi berkawan.
Lagipun Jiha dah jumpa kebahagiaan dia.” Jelas ku. Shahril mengangguk.
“Eh, Jiha dah. Kau bila lagi
nak cari awek baru?”
soalnya sambil tersengih.
“Haha, belum jumpa lagi yang
sesuai.”
“Cehh, belum jumpa konon.
Cakap je la kau tu memilih, Iz. Bukan tak de yang nak kan kau, berbaris awek
yang nak tackle, tapi sorang pun kau tak layan.” Perlinya sambil menutup buku. Dah
malas la tu.
“Wei, nak buat bini memang ar
kena memilih. Kau ingat main tangkap muat je ke. Lagipun diorang tu semua tak
de ciri-ciri isteri idaman aku.”
“Oo, kiranya kau tengah cari
calon isteri la ni eh? Perempuan yang macam mana kau nak, meh aku tolong
carikan.”
Usulnya bersama sengihan tersirat.
“Kau carikan? Haha. Kau
carikan untuk diri kau dulu la. Diri sendiri pun terkontang kanting, ada hati
nak tolong carikan untuk aku. Haha.” Perli aku sebelum melangkah keluar dari perpustakaan.
Sekilas aku memandang Shahril yang menarik muka masam. Terkena.
*****
“Jiha, laju nya jalan. Tunggu
kejap.” Laungan
Aqiem menghentikan langkahku. Pantas ku menoleh dan menghadiahkannya senyuman.
Mustaqim. Buah hati pengarang jantung aku. Wajahnya manis di pandang. Walaupun
dia tidak sekacak Izran tapi aku tetap sayangkan dia. huhu. My muncit!
“Sayang jom pergi makan, Aqiem
lapar la.” Aku
ketawa kecil apabila Aqiem sengaja memanjakan suaranya seperti budak umur 3
tahun minta susu. Hehe.
“Alalala, muncit saya lapar
ye. Ciannya dia. jom gi makan.”
“Yeahh…” soraknya sambil
tersenyum lebar.
“Banyaknya makan, patut lah
makin buncit. Haha.” Usik
ku membuatkan Aqiem menarik muka masam. Bertambah kuat tawa ku sampai menarik
perhatian pelanggan yang makan di meja sebelah.
“Suka la kan ketawakan orang
macam tu. Maklum lah orang kan buncit, tak handsome. Sape lah orang ni kan .” Ayat sedih pulak
mamat muncit ni. Comel! Aku tersenyum.
“Alolo, muncit
saya dah merajuk. Comelnya dia merajuk macammmm….” aku masih ingin
mengusiknya. Sengaja aku biar ayatku tergantung.
“Macam apa?” pantas dia
bertanya. Aku makin tersenyum.
“Hehe, macam panda bear.” Kata-kataku
membuat Aqiem makin menarik muka masam. Haha. Comel! Sungguh aku suka mengusik
pengarang jantung, My Mr. Muncit! Love Him So Much.
“Sorry, saya gurau-gurau je.
Ala Aqiem ni macam tak biasa kena usik je. Awak tahu lagi awak tarik muka masam
lagi comel. Hehe.” Perlahan-perlahan
bibir itu mula mengukir senyuman.
“Hah?! Muncit jangan senyum
macam tu, jantung saya nak jatuh dah ni. adeh, nak tertanggal dah ni.” aku kembali
mengusiknya sambil melakonkan seolah-olah jantung aku benar-benar ingin jatuh.
Kelihatan pipinya kemerah-merahan. Muncit aku ni malu macam perempuan pulak.
Sweet.
*****
“Hey, Mus. Tu bukan awek kau
ke?” pantas
aku menoleh pada tempat yang di tunjukkan oleh Faizal. Benar telahan Faizal.
Kelihatannya Jiha dan Izran sedang ketawa ceria. Apakah yang di bualkan mereka
agaknya? Jiha pernah memberitahu ku Izran itu adalah sahabat baik dia. Tetapi
kekadang aku ragui jugak dengan hubungan mereka.
“Ha’ah, Jiha dengan Izran.”
Jawabku senada.
“Izran? Eh, kalau tak salah
aku, Izran tu budak ragbi yang wakil universiti kita kan , hero ragbi pujaan
perempuan-perempuan kat kampus ni kan ? Dengar katanya dia tu susah nak layan
perempuan tapi dengan awek kau bukan main mesra lagi. kau tak cemburu ke, bro.” aku mendengus
kuat. Sungguh aku tidak senang dengan kata-katanya itu. Aku menoleh sekilas
pada Jiha yang sedang ketawa mesra itu, sampaikan tidak sedar aku memerhatinya.
Lantas aku membawa langkah meninggalkan perpustakaan. Mood berkobar-kobar untuk
mencari bahan tugasan sebentar tadi hilang ditelan kemesraan pasangan itu.
“Wei, kalau ye pun makan hati
jangan la sampai tinggalkan aku. Tunggu la Mus. Tadi cakap nak cari bahan, ni
nak pergi mana pulak?” soal
Faizal sambil menyaingi langkahku yang laju.
“Tak de mood lah nak cari,
esok-esok je. Aku nak balik, mengantuk.” Aku memberi alasan.
*****
“Jiha, tu Aqiem kan ?”
“Mana?” pantas Jiha
menoleh ke belakang. Kelihatan susuk tubuhnya melangkah menghala ke pintu
keluar perpustakaan.
“ Ala , dia da keluar baru
ingat nak panggil.” Ujar
Jiha sambil kembali meneruskan kerjanya.
“Hurm, Jiha. Kau dengan Aqiem
okey ke?” teragak-agak
aku bertanya. Ternyata pertanyaanku menarik Jiha untuk memandang aku dengan
riak wajah yang berkerut.
“Okey je. Kenapa?”
“Oh, tak de pape. Saja tanya.
Buat lah kerja kau tu cepat aku nak balik ni.” Dalihku dari di soal Jiha.
Melihatkan Jiha yang kembali meneruskan kerjanya, aku juga kembali berfikir
tentang pandangan Mustaqim tadi. Kenapa ya dia pandang semacam je? Takkan lah
dia cemburu kot. Jiha cakap dia tahu kami kawan baik. Hurm, pape je lah.
*****
“Ish, mana dia pergi pulak
ni?”
aku merungut sendirian memikirkan perangai muncit aku yang hilang tiba-tiba ni.
“Kau kenapa Jiha? Dari tadi
aku tengok kau tot tet tot tet tekan fon kau tu, kau call sape? Aku cakap dari
tadi kau dengar ke tak?” soal
Izran mungkin pelik dengan tingkah ku yang tidak menghiraukannya.
“Si Aqiem ni la, dah
beratus-ratus kali aku call tak angkat-angkat, mesej aku pun dia tak balas.
Mana entah dia hilang. Dah tiga hari dah, Tiba-tiba je macam ni. Pelik lah dia
tak pernah buat macam ni tau.” Beritahu ku dengan riak risau.
“Dia sibuk kot. Mungkin dia
ada handle program. Come on Jiha, think positive. Nanti dia reply la tu.
Dah-dah tak payah nak kerut-kerut sangatlah muka tu, macam nenek kebayan tau.
Haha.” Cinabeng
punya kawan.
Bukkk! Nah amek kau. Haha. Nenek kebayan
ye.
“Adoii, sakit la sengal! Kau
ingat bahu aku ni tempat testing ketebalan buku kau ke.” Marah Izran, aku
balas dengan menjelir lidah.
“Eh, lupa nak tanya tournament
rugby antara universiti tu minggu depan kan ?” soalku.
“Ha’ah, kau datang tak?” teragak-agak aku
menggeleng takut Izran kecil hati. Yelah, sebelum ni setiap perlawanan dia aku
mesti datang. Bukan mesti lagi tapi wajib datang.
“lorhh, kenapa?”
“Erk?! Aku nak ajak Aqiem
keluar. Dah lama aku tak keluar dengan dia. Hehe. Rindu bro.” ucapku sambil
tersengih-sengih. Izran hanya mencebik.
“Geli aku der. Tolonglah.
Tapikan kalau kau tak datang pun bagus jugak…” lantas aku memintas kata-katanya.
“Cisskek betol kau. Ayat kau
tu bawak-bawak lah bertapis sikit. Sentap aku bro.” aku menarik
muncung.
“Haha, kau sentap macam
perempuan der. Tak lah kau cakap kau tak boleh datangkan, takkan lah aku nak
paksa pulak, lagipun aku dapat rasa akan ada yang datang nanti.” Ujarnya sambil
tersengih.
“Aku memang perempuan lah
sengal! Nama pun tournament kan mesti lah ada orang yang datang. Apa lah kau
ni.” Balasku
sambil ketawa terbahak-bahak.
“Wahai Cik Izara Najiha,
maksud aku akan ada someone yang datang tengok aku main nanti.” Kata-katanya
menghentikan ketawa aku.
“Apa? Someone? kau dah ada
makwe kau tak roger aku langsung. Sampai hati kau, macam ni ke kawan?” aku berpura-pura
sedih.
“Makwe hotak kau. Bukanlah,
tapi entah lately ni aku rasa something je, rasa macam diperhatikan tapi puas
aku cari tak jumpa. Aku macam dapat rasakan ada seseorang yang akan datang
nanti dan akan ada sesuatu yang berlaku.” Keliru. Itu yang dapat aku bayangkan
dari riak wajahnya.
“Ishh, kau ni
Iz. Biar betol? Seram pulak aku dengar. Kau kena sampuk hantu apa ni?” Balasku
bersama riak takut yang sengaja dibuat-buat.
“Dah laa, cakap dengan kau
menyakitkan hati je, aku nak balik berangankan bakal makwe aku. Chow.” Izran bingkas
bangun ingin berlalu. Sempat aku perlinya sebelum dia jauh.
“Fuyooo, dalam hati ada taman.
Malanglah sape jadi makwe kau tu. Haha.” Dia melayangkan buku tiga lima padaku.
“Izran Izran, semoga
bahagia milik kau.”
*****
“Aqiem, kenapa tak jawab call
Jiha?”
soal aku selepas keluar dari dewan kuliah. Itu pun nasib aku sempat halang dia
kalau tak dah berdesup hilang.
“Saya sibuk sikit.” Tiada kemesraan
suara itu. Aku memandang pelik wajahnya.
“Aqiem, kenapa ni? Jiha ada buat
salah pape ke?” dia
hanya menggeleng tanpa memandang aku seperti selalu. Aku terasa hati dengan
sikapnya itu.
“Okey, fine!” aku cukup
malas nak layan orang yang acuh tak acuh je. Nampak sangat tak suka dengan
kedatanganku. Di saat aku menoleh untuk melangkah, lenganku dipaut. Tersentak
seketika dibuatnya, tak pernah tubuh ku dibenarkan sentuh oleh orang bukan
muhrim. Aku menjelingnya tajam membuatkan lenganku di lepas perlahan.
“Jiha, I’m sorry. Aqiem ..
erk?! Aqiem tahu Aqiem salah, tak sepatutnya …”
“Shuhhh,” aku meletakan
jari telunjuk di bibir memintanya untuk berhenti bercakap. Aku menghadiahkan
senyuman padanya lantas mengajaknya berbual di café. Selepas pelayan mengambil
pesanan, aku mulakan perbualan. Aku memerlukan penjelasan atas kehilangannya
yang tiba-tiba itu.
“Aqiem, Aqiem okey ke? Kenapa
sejak akhir-akhir ni Aqiem macam melarikan diri dari Jiha je?” seketika
pertanyaanku dibiarkan sepi. Aku masih sabar menanti kerana aku pasti ada
sesuatu yang mengganggu dia. seandainya ada masalah aku ingin menjadi pendengar
untuknya meskipun aku tak mampu untuk membantunya.
“Jiha, Aqiem okey Cuma lately
ni sibuk sikit. Sorry Aqiem tak de niat pun nak larikan diri.” Entah kenapa aku
terasa seperti Aqiem sedang menyembunyikan sesuatu dari aku. Aku memberi ruang
kepada pelayan yang menghantar makanan itu seketika sebelum aku melanjutkan
perbualan kami.
“Kenapa ye, Jiha terasa Aqiem
macam sorokkan sesuatu dari Jiha.” aku mengerling tingkahnya sekilas yang
kelihatan tersentak dengan kata-kataku. Dia mengeluh perlahan.
“Sorokkan sesuatu? Haaha, mana
ada. Aqiem nak sorok ape? Aqiem letih je la, tak sempat nak rehat.” Aku mengangkat
kening sebelah inginkan kepastian dari penjelasannya. Dia membalas dengan
anggukan serta senyuman.
“Betul ni? okey lah kalau macam
tu. Tapi ingat eh kalau ada pape yang tak kena dengan kita jangan sorokkan ye,
nanti timbul salah faham lagi susah. Dah jom makan.” Aku mengalah
mungkin perasaan aku je, mungkin memang betol dia sibuk. Bak kata Izran, think
positive.
*****
“Riss, kau betul-betul ke nak
pergi tengok tournament rugby tu?” soalan Marina menghambat lamunan aku
tentang seseorang. Aku tersenyum pabila mendengar tentang tournament itu.
“Yupp, I’m serious. Kenapa
salah ke aku nak pergi? Lagipun universiti kita kan tuan rumah, nak jugak beri
sokongan pada wakil universiti kita.” Aku menjawab bersama kerdipan mata.
“Betol ke kata-kata yang aku
dengar tadi tu dari mulut Najaha Arissa? Weird. Manusia yang selama ni hanya
berduniakan buku nak pergi beri sokongan untuk ragbi. Haha. I can’t believe
it.” Marina
ketawa guling-guling sambil memegang perutnya. Cisskek betol, perli aku tahap
overboard. Aku hanya membiarkan dia ketawa puas-puas, suka sangat perli aku.
Salah ke aku nak pergi tengok rugbi tu. Bila fikir-fikir balik betol jugak
cakap Marina , yelah aku mana pernah nak pergi tengok sukan-sukan ni, terlibat
jauh sekali la. Hah, memang kau dah kena sampuk lah Riss oi, kerana dia kau
sanggup pecah tradisi berduniakan buku kau tu.
“Tengok tu, berangan lagi.
Riss, sejak akhir-akhir ni kau pelik sangat tau. Daripada rajin mengadap buku,
sekarang kau rajin berangan. Daripada tak pernah turun padang tengok perlawanan
walaupun puas aku paksa ikut, sekarang kau sendiri yang nak turun padang , nak
tengok ragbi pulak tu. Yelah, ragbi kan permainan lelaki. Lelaki? Hah, kejap?!”
jeritan
Marina membuat aku terkejut. Dah kenapa budak ni, tadi membebel sekarang
menjerit pulak. Aku menyengetkan sedikit badanku ke sisi sofa bila Marina
berdiri sambil membongkokkan badannya menghadapkan muka peliknya dengan muka
ku.
“Riss, tell me. Kau ada minat
dekat one of rugby’s player ke?” bisiknya dengan riak senyuman yang
menakutkan. Terkedu aku seketika. Aku membulatkan mata padanya.
“Ma..Mana ada. Kau ni gila la
Rina. Kalau kau tak nak aku pergi cakap je lah, tak payah nak provok aku macam
tu.” Dalihku
sambil berpura-pura merajuk. Dia mengalihkan kedudukannya mengambil tempat di
sisi aku.
“Eh, bukan tu maksud aku. Aku
tanya je, kau jangan marah pulak. Okey okey, nanti kita pergi tengok ye.” Aku menoleh
padanya.
“Betul ni?”
“Ye, betul. Aku janji.” Lantas aku
mengukir senyuman gembira serta-merta aku memeluk Marina . Yeahhh, dapat jugak
aku pergi tengok dia main. Biarpun hanya dari jauh jadilah, janji dapat tengok
dia.
*****
Selepas perasmian daripada Timbalan Naib
Canselor HEPA, Dato’ Dr. Sallehudin, maka bermulalah perlawanan ragbi antara
universiti-universiti awam. Suasana pagi itu sungguh meriah. Tetapi perlawanan
yang di nantikan adalah perlawanan kedua yang melibatkan universitiku iaitu Universiti
Malaya menentang Universiti Utara Malaysia . Tika perlawanan pertama ini aku
dan para pemain yang lain mengisi tempat-tempat kosong di barisan tepi padang
selaku penonton dan penyokong.
“Iz, kau dah ready?” pertanyaan serta
tepukan perlahan di bahuku menghalau lamunanku. Aku menoleh dan menghadiahkan
senyuman yakin pada Shahril selaku “fly-half” manakala aku menyandang posisi
“tighthead prop”.
“InsyaAllah. Mudah-mudahan
kita berjaya.” Ujarku
sambil menoleh sekeliling.
‘Alamak dia toleh pulak.’ Pantas aku
halakan mata aku ke tengah padang . Nasiblah si Marina tak sedar perlakuan aku
sebentar tadi. Khusyuk gila dia tengok diorang bermain. Aku mengerling sekilas
pada susuk tubuh yang aku perhatikan tadi nampaknya dia masih memandang ke
belakang. Matanya meliar ke sekeliling. Erk?! Dia tahu ke aku tenung dia.
mampus lah, harap-harap dia tak tahu. ‘Begok lah kau Riss, tenung orang sampai
macam tu. Nasib tak kantoi.’ Bebel ku dalam hati sambil mengetuk perlahan
kepalaku.
“Kau cari sape? Jiha eh?” pantas aku
menggeleng tapi mataku masih meliar memandang ke tempat duduk penonton. Aku
seolah-olah terasa ada mata yang merenung aku lama. Tapi bila aku mencari tak
de pulak riak yang mencurigakan, semuanya khusyuk memerhati ke perlawanan yang
sedang berlangsung.
“Bukan, Jiha tak datang. Dia
keluar dengan Mustaqim.”
“Habis tu, kau cari sape?” soal Shahril
lagi, pelik dengan Tingkahku yang tidak menumpukan perhatian pada perlawanan di
padang .
“Entah laa, bro. Aku terasa
macam ada orang pandang aku. Tapi bila aku cari tak jumpa pulak. Pelik.” Kata-kataku
membuat shahril ketawa kecil.
“Memanglah ada orang pandang
kau. Iz, kau tu hero ragbi pujaan para gadis, tak mustahil la kalau ada orang
curi-curi pandang. Haha.” Aku hanya menggeleng sambil tersenyum.
“Eh, tapikan baru aku perasan,
dalam banyak-banyak perempuan yang pandang kau, yang curi-curi pandang jugak
yang kau ambil kisah. Pelik ni.” Katanya lagi sambil mengurut dagunya.
“Kau jangan nak merepek lah,
Shah.”
“Betul la. Look Iz, sebelum ni
kau tak pernah ambil kisah langsung dengan perempuan-perempuan yang cuba nak
tackle kau. Cun-cun pulak semua awek tu, kau pandang pun tak, Iz. Tapi
sekarang, kau tercari-cari orang yang perhatikan kau. Mesti perempuan yang
curi-curi pandang tu special person kan .” Andaian Shahril menarik bibirku untuk
tersenyum mengiyakan andaiannya dalam diam.
“See, you smile! Izran, you
are fall in love, man.” Usik
Shahril sambil menepuk bahuku mematikan terus senyumanku.
“Mana ada. Kau ni gila la Shah.
Dah la, jom game kita pulak.” Aku bangun meninggalkan Shahril yang masih
terkial-kial hendak bangun. Fall in love? Bibirku kembali tersenyum. Mungkin,
mata itu membuat aku rasa sesuatu.
*****
Sekitar tengah hari, perlawanan pusingan
pertama tamat dan Alhamdulillah pasukan ku layak ke pusingan seterusnya setelah
berjaya menewaskan pasukan UUM. Semasa sedang berkemas barang-barang di tepi
padang , aku sekali lagi terasa di tenung seseorang. Aku mengerling sekilas ke
tempat duduk penonton, nampaknya sudah ramai yang bergerak meninggalkan padang
, tak susah untuk aku menangkap mata itu. Aku mencari akal. Aku terpandangkan
Shahril yang sedang berdiri di hadapan yang membelakangi tempat duduk, aku
senyum sekilas, idea sudah datang. Aku menegakkan badan berdiri setentang
dengan Shahril dan bertanya sesuatu padanya tetapi mata aku biar meliar mencari
mata itu. Nampaknya idea aku menjadi, akhirnya mata itu tertangkap juga
sepertinya dia tidak sedar tenunganya itu sudah diketahui kerana mata itu masih
tetap merenung. Aku menentang renungan itu dalam diam. mempesonakan mata yang
curi-curi pandang itu. Aku tersenyum.
“Hoi, kau dengar ke tak ni?” sergah Shahril
mencantas renungan ku itu.
“Dengar…kot. hehe. Dah jom
gerak.” Aku
pantas mengajak Shahril keluar kerana pemilik mata itu sedang melangkah
meninggalkan padang . Aku mempercepatkan langkah untuk mendekatinya. Lantas
“Terima kasih” bisik ku perlahan betul-betul di cuping telinganya. Seperti
jangkaanku dia terpinga-pinga dengan bisikanku itu. Aku menghadiahkan nya senyuman
sebelum mengorak langkah meninggalkannya dengan seribu persoalan.
*****
“Riss, kenapa ni? tiba-tiba
berhenti tengah jalan, halang laluan orang tu.” Marina menarik aku ke sisi jalan.
Aku menoleh sekilas pada orang-orang yang melintasi ku dengan riak tidak puas
hati.
“Riss, kau oke ke tak ni?
Semacam je kau ni?” tegur
Marina lagi bila aku masih tidak bersuara. Aku memandangnya lama sebelum
menggelengkan kepala. Lantas aku mengorak langkah bersama kejadian sebentar
tadi. ‘Terima kasih’. Untuk apa? Rasanya aku tak pernah tegur atau buat apa-apa
pun untuk dia. kenapa dia ucap terima kasih? Bingung.
*****
“Hai sayang!”
“Gila!” sepatah aku menjawab. Lantas di
sambut Izran dengan tawa yang besar. Aku menjeling tajam.
“Gurau sikit pon tak boleh ke?
Haha.” Soal
nya sambil melabuhkan diri di kerusi kosong hadapan ku. Aku mencebik geram.
“Haha, touching kuat!” pantas aku
menyepak kakinya di bawah meja. “Ouch, sakit laa sengal!” marahnya dengan nada
yang perlahan. Maklumlah dalam perpustakaan suara kuat sikit siap la kena
halau.
“Padan muka! Kacau aku sape
suruh.” Aku
menjelir lidah padanya.
“Ala Jiha, kau macam baru
kenal aku semalam. Aku mana boleh kalau tak kacau kau sehari, rindu tau. Haha.”
Usiknya
lagi. aku menggeleng kepala, dah lali dengan perangainya yang bila datang angin
gila-gila dia habis dengan aku nak digilakan macam dia jugak.
Pada masa yang sama, Mustaqim turut
berada di perpustakaan bersama dengan Faizal.
“Kau siap kan part ini nanti
kita compile kan … Mus! Kau dengar tak ni?”
“Huh?!” tersentak aku dengan pertanyaan
Faizal, erk?! Apa dia cakap tadi? Pantas aku menoleh padanya yang sedang
mencerun merenung aku.
“Apa kau cakap tadi, Zal?”
“Sudah la, malas aku nak ulang
banyak kali. Kau pandang sape sampai apa yang aku cakap langsung kau tak
dengar?”
Faizal meninjau ke arah sasaran yang mengganggu perbincangan kami sebentar
tadi.
“Huh! Patut lah. Tengah
pandang love bird bergurau senda rupanya.” Sindir Faizal. Tajam aku memandang riak
tak bersalahnya. Aku mendengus keras.
“Mus Mus, Boleh kau pandang
awek kau bergurau mesra macam tu dengan lelaki lain. Haha, kalau aku dah lama
lebam mamat tu aku bedal. Jangan jadi lelaki dayus lah Mus, mana ada lelaki dan
perempuan yang berkawan baik semesra tu. Haha.” Seperti menyimpah minyak ke bara
yang panas. Tidak betah untuk aku terus di situ melihat cerekarama mereka dan
menadah telinga mendengar sindiran pedas Faizal.
“That girl! Jiha, tu perempuan
yang aku tegur semalam.” Bisiknya
sambil memuncungkan mulutnya ke arah belakangku. Lantas aku menoleh mencari.
‘Mana? Erk?! Takkanlah yang bertudung ungu tu?’ aku bersoal dalam hati.
“Iz, yang bertudung ungu tu
ke?”
tanyaku setelah ku toleh mengadapnya kembali. Anggukkannya mengiakan
pertanyaanku. Berkerut dahiku seketika. Pelik. Biar betul budak Izran ni.
“Kau kenapa
pandang aku pelik macam tu?” soal Izran. Matanya masih dilabuhkan pada
pemilik tudung ungu itu.
“Kau biar betul Iz. Kau tegur
perempuan tu?” dia
mengangguk lagi dengan pandangan yang berkerut.
“Asal .. tak boleh ke aku tegur
dia?”
“Bukan tak boleh Cuma … macam
pelik je.” Dia
menjongket kening tanda tidak memahami maksudku.
“Yelah, Iz. Kau tahu tak
perempuan tu hanya berduniakan buku saja. Dia memang famous, Ramai dah lelaki
yang cuba masuk jarum tapi sorang pun dia tak layan. Masa kau tegur dia tu,
reaksi dia macam mana?” panjang
lebar aku bercakap. Izran tersengih seketika sebelum menjawab.
“Hehe, dia diam je.”
“See .. Iz, tak payah laa kau
nak try dia. confirm dah dia tak layan.” Aku menegah dia sebelum apa-apa berlaku kerana
aku tahu sifat Izran, dia takkan menegur perempuan sebarangan.
“aku yakin dengan mata itu!” Ucapnya sambil
berdiri dengan senyuman lebar. Aku hanya mampu menggeleng, biarlah! Lantas aku
berkemas meninggalkan perpustakaan.
*****
“Hai !” tercampak pen yang di pegangnya
itu dengan sapaan ku. Riak terkejut nya menarik bibirku untuk tersenyum. Comel!
“Erk?! A.. awak na.. nak ape?”
takut-takut
dia bertanya. Pertama kali aku mendengar suara pemilik mata yang selalu
curi-curi pandang aku. Makin lebar senyumanku. Gelisah sungguh dia.
“Saya tahu apa awak buat
selama ini?” aku
merapatkan muka ku ke mukanya. Tersentak! Pantas dia menegakkan badannya
menjauhi mukaku.
“Hah?! Ap.. apa yang a.. awak
tahu?” bergetar
suara itu. Makin ketara ketakutannya sepertinya dia tak pernah sebegini dekat
dengan lelaki. Aku merenung mata itu, mata yang berani merenung aku dalam diam.
Biar kali ini aku pulak yang merenungnya tetapi secara dekat. Teramat dekat.
Sangat mempesonakan mata itu. Arghh, lama-lama pandang aku yang cair nanti. Aku
turut memandang arah mata itu berlabuh sedari tadi. Sekilas aku terpandangkan
namanya yang terukir indah di buku catatannya.
“Najaha Arissa!” aku menyebut
perlahan nama itu lantas menarik pemilik nama juga mata itu memandang aku. Aku
membalas pandangannya bersama senyuman ikhlas. Bergetar hati aku tika itu.
“Cantik nama awak .. Secantik mata
yang selalu mencuri pandang saya dalam diam.” Membulat mata itu dengan
kata-kataku.
“Erk?! Say…”
“Syuhh, tak perlu minta maaf
malah saya nak ucapkan terima kasih. Thank you so much Najaha Arissa! I like
that.” Aku
mengenyit mata sebelum berlalu dari situ. Riaknya tidak berubah dari awal aku
duduk di hadapannya sehingga aku bangun malah makin tercengang.
*****
“Kak, teh o ais satu.”
“make it two, kak!” terjengul muka
Si Izran di depan ku tiba-tiba. Aih, tadi bukan tengah mengayat budak perempuan
tu ke?
“Eh, cepatnya jual minyak? Tak
laku ke?” perli
aku mencetus tawa besarnya. Izran ni kalau dengan aku memang takde nya nak
cover macho. Hancur adalah.
“Hello, ini Izran Asyhraf oke.
Slow and steady aje.” Ujarnya
sambil menepuk dada bangga. Aku mencebik.
“Jiha.. I think I fall in
love!” perlahan
dia menutur kata-kata itu selepas kakak kafe menghantar minuman kami. Aku
memandang wajahnya. Terserlah ketulusan kata itu pada wajahnya. Nampaknya dia
sudah menemui kebahagiaannya.
“Akhirnya Iz. Inilah saat-saat
yang aku nantikan. Kau temui kebahagiaan yang tak mampu aku berikan dahulu.” Aku mengeluh
halus.
“Jiha please… jangan pernah
menyalahkan diri kau. Apa yang berlaku dulu adalah satu kesilapan tapi mujurlah
kita mampu kembali bersama.” Aku senyum padanya.
“Yeah, kembali bersama sebagai
sahabat. Terima kasih untuk persahabatan ini, Izran.” Dia mengangguk
sambil tersenyum manis. Sesungguhnya persahabatan ini terlalu berharga
berbanding sebuah percintaan.
“Eh, Aqiem? Aku pergi dulu Iz,
nak jumpa muncit aku. And you.. go, fight for your love!” lantas aku
bangun mengejar langkah Aqiem yang makin menghilang.
*****
“Aqiem!” dia menoleh
sekilas sebelum mempercepatkan langkahnya. Eh?! Makin laju pulak. Pantas aku
mengejar.
“Aqiem! Tunggu laa. Kenapa
laju sangat jalan. Macam melarikan diri je, kenapa?” aku berdiri di
hadapannya mematikan langkahnya. Riak mukanya masam mencuka.
“Aqiem, kenapa ni? asal masam
je? Aqiem ada masalah ke?” bertalu-talu aku menyoal. Dia mendengus kasar.
Semakin pelik dengan tingkahnya.
“Aqiem, ken…”
“Tak payah nak pura-pura ambil
berat lah kalau tak ikhlas.” Tersentak aku dengan kata-katanya yang kasar. Tak
ikhlas?
“Aqiem ni kenapa? tiba-tiba
nak marah-marah Jiha?” aku tertanya-tanya dengan sikapnya yang
berubah tiba-tiba.
“Jangan berpura-pura lagi lah
Izara Najiha! Muak saya tengok.” Tengkingnya mengejutkan aku. Nasib lah
laluan pejalan kaki itu tiada orang kalau tak pasti malu di pandang orang.
Tiba-tiba pipi ku dibasahi air mata. Pantas aku menyeka air mata. Pertama kali
aku mengalirkan air mata di sebabkan lelaki dan lelaki itu adalah lelaki yang
aku sayangi.
“Tak Perlu nak pura-pura
menangis Jiha!” pura-pura
lagi?
“Apa masalah Aqiem ni?
pura-pura apa nya? Kalau Aqiem nak sakit hati Jiha, Fine! Aqiem dah berjaya.” Bentak aku.
Cukup untuk aku bersabar, sabar aku ada batasnya. Kalau di tindas begini memang
sukar untuk aku bertahan. Sakit!
“Ohh, tahu pulak awak sakit
hati, awak ingat apa yang awak buat tu tak menyakitkan hati saya lah ye? Huh?!” kasar Mustaqim
menyindirku. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. Tak faham!
“Saya buat apa?”
“Awak masih nak berpura-pura
Jiha. Awak ingat selamanya awak boleh berpura-pura macam ni. depan saya bukan
main baik, tapi belakang saya bermesra dengan lelaki lain. Awak kalau ingat dah
berjaya mempermainkan saya, awak silap!” tercengang aku dengan pernyataannya.
Lelaki lain? Mesra? ‘Aku mana ada rapat dengan mana-mana lelaki apatah lagi
mesra melainkan Mustaqim dan …’ lantas aku memandangnya.
“Maksud awak Izran ke?” aku inginkan
kepastian.
“Huh?! Kenapa? awak ada
bermesra dengan lelaki lain ke. Tak sangka pulak awak kaki melayan jantan.” Tersentap!
Seperti ditikam dengan pisau yang tajam. Tak sangka begitu pandangannya pada
aku selama ini. Aku tak mampu untuk terus berdiri di situ di hambur dengan
kata-kata nista oleh insan yang aku cintai. Kecewa! Juraian air mata ku makin
laju menuruni lekuk pipi ku. Ku biarkan ia mengalir bersama langkahan kaki.
Beginikah pengakhiran kisah aku dan dia?
*****
Seminggu aku jalani hidup tanpa dia di
sisi. Tiada lagi panggilan darinya. Tiada lagi mesej berisikan rindu dan sayang
seperti selalu. Kosong! Kaki yang melangkah tanpa arah tuju melalui lorong
pejalan kaki itu menarik peristiwa perit seminggu lalu. Untuk kesekian kalinya
ku biarkan air mata ku menjamahi pipi ku. Kaki yang melangkah membawa ku ke
tepian tasik yang lengang.
Pada masa yang sama Izran sedang mencuba
menambat hati Arissa di kafe.
“Awak kenapa selalu
tergagap-gagap bila bercakap? Awak memang gagap eh?” sengaja aku
menyoal begitu kerana aku tahu dia tidak gagap. Kalau gagap pun aku tak kisah.
Cinta yang ikhlas akan menyempurnakan segala kekurangan yang ada pada pasangan.
Aku tersengih.
“Eh, tak la! Mana ada saya
gagap!” marah
nya sambil memasamkan muka. Nada marah tapi suara perlahan gila! Buat aku makin
seronok nak mengusiknya.
“Ohh, tak gagap rupanya. Habis
tu, dah duk a.. er.. ikk.. saya ingat gagap lah. Haha.” Jelingan matanya
membuat aku ketawa kecil.
“Comel awak jeling macam tu.
Hurmm, dah lama saya tak nampak mata ni curi-curi pandang saya macam dulu, mana
menghilang ye?” muka
memerah setelah aku mengungkapkan kata-kata itu. Malu kah?
“Mana ada saya curi pandang
awak. Perasan!” dalihnya
membuat aku makin tersenyum.
“Eleh, tak nak ngaku. Dah lama
saya sedar ada mata yang perhati saya dari jauh, dah banyak kali saya mencari
tapi tak pernah jumpa. Tapi masa tournament hari tu, saya berhasil dapat
tangkap mata itu tanpa disedari pemiliknya. Ternyata mata itu sangat
mempesonakan!”
bisik ku perlahan tanpa aku mengalihkan anak mataku dari wajahnya. Makin merah
wajah itu. Dia hanya tersenyum. Manis! Sungguh aku yakin dengan hati aku, aku
sudah jatuh cinta. Aku juga pasti hatinya juga sepertiku. I’m fall in love with
you Najaha Arissa!
*****
“Mus! Awek kau tu?” ku toleh pantas.
Sorang diri di tepi tasik? Mana ‘kawan baik’ dia tu?
“Dia sorang tu, kau tak nak
tegur dia ke?” sambung
Faizal lagi. Aku hanya mendiamkan diri sambil berkira-kira sama ada nak pergi
tegur atau tak. Baru aku ingin melangkah menghampirinya, seseorang terlebih
dahulu memintas dan mengisi ruang kosong di hadapan Jiha. Izran Asyhraf!
Nampaknya betul lah sangkaan aku, kau memang ada hubungan dengan dia, Jiha. Aku
merengus kasar dan meneruskan langkah ke tujuan asalku iaitu fakulti, bermakna
aku harus melintasi meja yang sedang dihuni oleh love bird itu. Ketika aku
hampir menuju ke meja mereka aku perasan yang Jiha sedar akan aku. Aku tidak
mengendahkan pandangan Jiha malah aku mempercepatkan langkahku meninggalkan
kawasan tasik itu. Menyakitkan mata lama-lama di situ. Terkial-kial Faizal
mengejar aku dari belakang.
“Jiha, kau dengan Aqiem
bergaduh ke?” soalku
selepas Mustaqim melepasi meja yang kami duduk serta riak sendu Najiha.
Pertanyaanku tidak dijawab Cuma sendunya makin ketara. Sepanjang persahabatan
kami yang sudah menjangkau empat tahun, tak pernah sekali pun Jiha mengalirkan
air mata disebabkan lelaki. Semasa percintaan kami yang tak jadi dulu pun dia
tak pernah sedih apatah lagi menangis. Ini baru gaduh dah macam panda mata dia.
“Jiha, tell me why?” aku cuba
memujuknya untuk menceritakan apa yang terjadi.
“A..Aqiem ma..marah aku
ra..rapat dengan kau. Di..dia cakap aku mainkan dia. Dia…” dalam sedu sedan
Jiha menceritakan kesemuanya. Rupanya Mustaqim salah faham dengan hubungan aku
dan Jiha. Aku penyebab Jiha bersedih begini, aku mesti bantu Jiha! Aku sayang
kau, Jiha. Aku tak akan biarkan kau menangis begini. Aku akan tolong kau!
Lantas aku berdiri, tujuan aku adalah mencari Mustaqim. Jiha mendongak
memandang aku yang berdiri tiba-tiba dengan kening yang bertaut.
“Kau nak pergi mana, Iz?” aku hanya
menghadiahkannya senyuman nipis dan terus melangkah meninggalkannya dengan
tanda tanya. Sengaja aku tak beritahu niat ku itu kerana aku pasti Jiha akan
menghalang aku. Biarlah dia tenangkan fikirannya dulu sementara aku selesaikan
dengan Mustaqim.
*****
“Mustaqim!” aku melaung
namanya apabila melihat kelibatnya yang baru keluar dari bilik pensyarah
bersama dengan Faizal. Dia menoleh sebelum berjalan tanpa menghiraukan
panggilan aku. Riak mukanya turut berubah. Nyata benarlah dia salah sangka
dengan aku. Aku mengejar pantas berdiri di hadapannya menghalang laluannya. Dia
merengus marah!
“Mustaqim, apa yang kau dah
buat pada Najiha?” soalku
menerbitkan tawanya tiba-tiba. Sinis sekali.
“Apa yang aku dah buat dengan
‘kekasih’ kau tu eh?” tanyanya
kembali seolah menyindir.
“Najiha tu kawan baik aku la
bukan kekasih aku! Kau yang salah faham.” Aku cuba menerang.
“Kawan baik konon. Eh, Izran
kau jangan ingat aku tak tahu ye, kau cintakan Najiha kan . Orang bodoh je yang
tak sedar semua tu.” Tengkingnya.
Kesabaran aku mula teruji.
“Ya, memang aku cintakan Izara
Najiha! Tapi…” tengkingku
kembali. Kebetulan tika aku mengucapkan kata-kata itu aku terpandangkan kelibat
Arissa yang tiba-tiba muncul, riak wajahnya nyata tersentak. Pantas dia
berpusing dan melarikan diri dari situ. Terkesan aku akan takungan air di
matanya. Ya Allah, Arissa dah salah faham. Ingin aku mengejarnya tetapi bila
aku terpandangkan Mustaqim, aku membatalkan niatku. Aku harus selesaikan
masalah Najiha dulu. Arissa, maafkan saya!
“Dasar lelaki penipu!” tersentak aku
dengan jeritan seorang gadis yang muncul tiba-tiba di tasik itu. Mujurlah kala
itu tidak ada sesiapa yang mengunjungi tasik universiti ini melainkan aku,
sepertinya dia tidak menyedari kewujudan aku di sebalik pokok.
“Aku benci kau! Aku benci kau
Izran Asyhraf! Sampai hati kau permainkan hati aku.” Aku tersentak
lagi, kali ini disebabkan sebaris nama yang disebutnya. Aku cuba mengintai
wajah gadis itu yang terlindung dengan tudungnya. Sekilas dia menoleh ke sisi
tasik membuat aku terpana. Najaha Arissa! Jelas dimataku juraian air matanya
yang membasahi pipinya. Izran buat apa dengan dia?
“Dasar lelaki playboy! Aku
benci kau, Izran!” luahnya
perlahan bersama sendu yang makin jelas. Dia menekup mukanya ke lutut. Aku
memberanikan diri mendekatinya.
“Assalamualaikum!” perlahan dia
mendongak sebelum mengesat sisa air mata di pipinya. Perlahan salam ku sambut.
“Boleh saya duduk sini?” dia teragak-agak
namun tetap mengangguk membenarkan. Lantas aku melabuhkan diri di sisinya yang
sedang duduk di atas rumput sambil memeluk lututnya. Dia hanya mendiamkan diri
mungkin kekok pabila seseorang yang tidak pernah bertegur sebelum ini berada di
sebelahnya sekarang.
“Sebenarnya tadi saya
terdengar jeritan awak dan saya nak minta maaf sebab setiap ayat awak saya
dengar dengan jelas.” Reaksinya
seolah terperanjat dan seakan malu. Mungkin tidak menyangka ada orang yang
mendengar jeritannya.
“Saya di sini bukan berniat
untuk mengganggu awak, tetapi saya sekadar ingin menyatakan Izran Asyhraf bukan
seperti yang awak sangkakan.” Terus kepalanya berpusing memandang aku. Tenang ku
sambil senyum meyakinkannya.
“Mak.. maksud awak?” akhirnya keluar
juga suaranya yang hanya membisu sedari aku di sisinya.
“Izran tidak pandai menipu, tidak pernah
mempermainkan hati orang dan Izran Asyhraf yang saya kenal bukan lelaki
playboy!” tenang aku membongkar sikap Izran. Tetapi tiba-tiba aku terdengar
sendu Arissa dengan linangan air mata yang kembali membasahi pipinya. Dia hanya
membiarkan ia mengalir.
“Tapi.. tapi dia tidak jujur
dengan saya.” Tidak
jujur? Bertaut keningku memandangnya yang melontarkan pandangan ke tengah
tasik.
“Tadi sa.. saya terdengar dia
mengaku cintakan seseorang. Kenapa dia beri saya harapan kalau dia sebenarnya
cintakan perempuan lain? Kenapa dia datang dalam kehidupan saya sedangkan
cintanya milik Izara Najiha?” dalam nada kesayuan dia menyambung membuat aku
terpanar. Erk?! Dia tak kenal aku ke?
“Tapi apa? See, kau sendiri
dah mengaku. Tak payahlah kau nak berpura-pura baik Kononnya nak berkorban
cinta.” Sinis
Mustaqim memerliku. Aku merenungnya tajam.
“Aku tak sebaik itulah nak
berkorban cinta demi lelaki yang tak tahu menghargai cinta suci seorang
perempuan. Untuk pengetahuan kau, aku dan Jiha saling mencintai tetapi cinta
kami hanya cinta seorang sahabat. Kau tak nampak ke tulusnya cinta Jiha sebagai
kekasih untuk kau.” Aku
berhenti seketika, memberi ruang untuk Mustaqim berfikir kembali.
“Kalau selama ini kau fikir
Najiha nak permainkan kau, curang dengan kau, kau salah. Izara Najiha yang aku
kenal adalah seorang perempuan yang terlalu setia pada cinta, tetapi cintanya
pada dua lelaki iaitu kau dan aku. Najiha mencintai kau setulus hati sebagai
seorang kekasih. Tapi, dia mencintai aku tak lebih dari seorang sahabat. Kalau
betul aku nak rampas Jiha dari kau, aku tak perlu tunggu sekarang dari dulu
lagi aku boleh miliki dia tetapi cinta kami, sayang kami hanya sebagai sahabat.
Setahun kau bercinta dengan Jiha, tak pernah kah kau sedar keikhlasan dia,
kasih sayang dia untuk kau. Kebahagiaan dia adalah kau, Mustaqim. Dan
kebahagiaan aku adalah apabila dia bahagia. Pergilah pujuk dia kembali. Izara
Najiha sentiasa menunggu kau!” panjang lebar aku menjelaskan kedudukan sebenar
cerita ini. nampaknya Mustaqim seperti menyedari sesuatu, perubahan pada
wajahnya mencerminkan kekesalan nya atas keterlanjurannya itu.
“Izran, aku… aku nak minta
maaf banyak-banyak pada kau. Aku tahu aku tak sepatutnya cemburu membuta tuli
macam ni. Aku tak sepatutnya marahkan kau begini.” Pohonnya dengan
penyesalan. “Iz, aku pun nak minta maaf, sebab aku lah
Mustaqim jadi begini. Aku pun ingat kau dengan Jiha ada hubungan. Maafkan aku!”
selit Faizal tiba-tiba. Aku tersenyum. Syukurlah mereka fahami juga
akhirnya.
“Tak pe, lagipun salah kami
jugak sebab tak jelaskan betul-betul pada korang tentang hubungan kami. Yang
penting, kau kena janji dengan aku, kau tak akan buat Jiha menangis lagi. kalau
aku dapat tahu kau buli Jiha, siap kau!” selorohku menghambat jauh ketegangan
sebentar tadi.
“Aku janji, Izran. Aku takkan
sia-sia kan Jiha lagi. Terima kasih, bro.” ujarnya yakin sambil menjabat tangan
denganku sebelum berlari mencari kekasihnya. Syukur Ya Allah! Sekarang sasaran
aku adalah Najaha Arissa! Aku mula mengorak langkah mencari pemilik mata
kesayanganku!
“Kau nak kemana pulak?” jerit Faizal
terkejut dengan larianku tiba-tiba.
“Aku nak kejar cinta aku
pulak!” aku
melaung dari jauh. Tidak ku hiraukan mata-mata yang memandang. Tujuan ku adalah
Arissa! Di mana kau Arissa?
“Awak… kalau saya cakap apa
yang awak dengar tu tak seperti apa yang awak fikirkan, awak percaya tak?” lantas Arissa
merenung ku pabila soalan itu ku ajukan.
“Maksud awak?”
“Macam ni,
sebenarnya Izran dengan….” kata-kata ku terbantut disebabkan terkejut
dengan kehadiran Mustaqim yang tercungap-cungap sambil membongkok memegang
lututnya. Pantas aku dan Arissa berdiri.
“Kenapa ni?” soalku pada
Mustaqim yang sedang menghilangkan penat yang sepertinya baru lepas berlari.
Ada acara larian pecut ke?
“Sayang! Aqiem.. Aqiem nak
mintak maaf. Truly sorry from the bottom of my heart! I knew I was wrong. Aqiem
dah tahu cerita sebenar. Please forgive me, Izara Najiha. I’m begging you.” Bertalu-talu
ucapan maaf terbit dari bibirnya.
“Awak Izara Najiha?” tanya Arissa
tiba-tiba, aku memandang Mustaqim sekilas sebelum angguk kepala mengiyakan.
“Erk, jadi awak dengan Izran..
ini? kalau tak salah saya, pada awak lah Izran mengaku tadi kan ?” soal Arissa
keliru kemudian menuding jari pada Mustaqim. Nyata aku pula yang terkejut.
“Aqiem jumpa Izran?” Mustaqim
menggeleng.
“Izran yang datang jumpa
Aqiem, Iz dah ceritakan segala-galanya tentang dia dan Jiha. Sayang, Aqiem tahu
Aqiem tak sepatutnya cemburu buta macam ni, Aqiem tak sepatutnya ragui cinta
Jiha pada Aqiem. I’m sorry, sayang.” Aku tersenyum mendengar butir bicaranya.
Ternyata Izran lebih pantas bertindak, patutlah tiba-tiba tinggalkan aku tadi
rupanya pergi cari Mustaqim.
“Aqiem
sepatutnya dengar penjelasan Jiha dulu hari tu. Jiha takut sangat kehilangan
Aqiem. Aqiem janji jangan ragui Jiha lagi ye. Jiha rindu Muncit!” rengek
ku perlahan menerbitkan tawa kecil Mustaqim. Ternyata seminggu tanpa suara Mr.
Muncit ku sangat menyeksakan. Deheman seseorang menyedarkan kami yang di
lambung ombak rindu. Pantas aku menoleh ke sisi dan terpandangkan wajah Arissa
yang sedang memeluk tubuhnya dengan dahi yang berkerut. Hampir terlupa aku
dengan kehadirannya.
“Saya ada sesuatu nak
ceritakan pada awak tentang Izran.” Lengannya ku paut membawa ke meja di
sebalik pokok yang aku tinggalkan tadi. Aku juga mengarahkan anak mataku pada
Mustaqim untuk mengikuti kami. Aku mengambil tempat di sisi Mustaqim manakala
Arissa berhadapan denganku.
“Sebenarnya saya dengan Izran
sudah empat tahun bersahabat. Tapi masuk tahun kedua persahabatan kami, kami
lakukan kesilapan. Kami menyedari yang kami saling menyintai tetapi ternyata
kami tersalah ertikan dengan cinta yang wujud itu sehingga membawa kami kepada
hubungan kekasih. Masa sebulan awal tu semuanya berjalan lancar, bahagia sangat
tetapi masuk bulan kedua kami sering bertengkar. Pantang silap sikit pasti
mengamuk sakan, masing-masing tak nak beralah. Sampailah kami duduk berbincang
dan kami ambil keputusan untuk putus.” Tenang aku mengimbas kembali kisah lalu
antara aku dengan Izran. Aku toleh pada Mustaqim yang juga tenang mendengar,
kemudian aku pandang Arissa yang nyata tidak sabar untuk mendengar cerita
seterusnya. Aku mengambil nafas sebelum menyambung cerita.
“Beberapa bulan selepas tu,
kami kembali berhubung sebagai sahabat dan sehingga kini kami masih bersahabat
baik. Cinta dahulu masih kekal di hati kami tak pernah berubah Cuma cinta kami
hanya sebagai sahabat. Memang kemesraan kami, ramai yang ragui..” aku kerling riak
Mustaqim sekilas yang terasa. Aku tersenyum sengaja ingin buat dia terasa.
“Arissa…”
“Awak tahu nama saya?” membulat dia
memandangku. Aku tertawa kecil sebelum angguk kepala.
“Izran banyak bercerita
tentang awak pada saya. Bahkan setiap sesuatu yang berkaitan awak mesti dia
cerita pada saya. Dari setiap cerita dia, saya tahu awak sangat bermakna untuk
dia.” makin
besar matanya memandangku.
“Arissa, Izran cintakan awak!
Sebelum ini dia tak pernah berminat untuk mendengar cerita berkaitan perempuan
apatah lagi nak bercerita tetapi suatu hari apabila dia bercerita tentang awak,
terpancar sinar keterujaan dia. dia cakap kat saya dia terpaut pada sepasang
mata awak. Pertama kali dia tunjuk awak pada saya, saya yakin awak perempuan
yang istimewa sebab mampu cairkan hati beku Izran tanpa berbuat apa-apa.
Arissa, percayalah Izran menyintai awak sebagai kekasih! Jangan ragui cinta
antara kami. Kebahagiaan Izran adalah awak, Arissa. Dan kebahagiaan saya
apabila dia bahagia.” Terangku
padanya sambil memegang erat tangannya sedari tadi.
“Eh?! Ayat Jiha yang last tu
sebijik dengan ayat Izran tadi!” selit Mustaqim tiba-tiba. Aku pandang
Mustaqim sebelum mendabik dada.
“Mestilah, kami kan sahabat
baik!” meletus
tawa kami bertiga. Tiba-tiba aku terpandangkan susuk tubuh Izran yang sedang
berlari di lorong pejalan kaki sambil matanya meliar ke serata tempat. Dia cari
siapa?
“Eh?! Izran ??” jeritku perlahan
mematikan tawa Arissa, pantas dia bangun dan menoleh ke belakangnya mencari
pemilik nama itu. Laju langkah kakinya di atur menemui Izran. Aku menoleh pada
Mustaqim yang juga turut memandang mereka. Setelah menyedari dirinya di tenung,
dia menoleh membalas renunganku bersama senyuman manis. Ahh, serious aku rindu
muncit aku!
*****
“Izran!” berpusing kepala
ku mencari suara yang melaungkan namaku itu. Terperanjat aku apabila menyedari
suara yang memanggil itu adalah milik insan yang aku cari sedari tadi. Aku
menghembus nafas lega kerana dia masih berada dalam kawasan universiti,
ingatkan dah balik kolej tadi. Hampir keseluruhannya tempat aku cari dia. Penat
oi. Lantas ku aturkan langkahku menuju padanya.
“Awak, saya.. saya boleh
terangkan pasal tadi. Apa.. apa yang awak de.. dengar tadi tu salah. Saya..” dia meletak jari
di bibirnya meminta aku menghentikan percakapan ku yang tidak teratur
disebabkan nafasku tercungap-cungap. Dia mengeluarkan sapu tangan dari begnya
sebelum mengesat peluh di dahiku. Aku tersentak! Tidak percaya dengan tindakan
beraninya itu. Terkedu aku memandangnya sampai tidak sedar dia sudah lama
menghentikan tindakannya tadi.
“Saya minta maaf Izran!” suara sayunya
yang perlahan menyedarkan aku kembali.
“Tak, awak tak salah apa-apa,
tadi tu… Arissa, antara saya dengan Izara Najiha hanya sahabat. Saya..” sekali lagi
kata-kataku dipintasnya kali ini dengan bicaranya.
“Saya dah tahu. Saya dah tahu
kesemuanya, Izran. Tentang awak dengan Najiha. Tu.. dia dah terangkan
segalanya. Masa saya lari tadi saya datang ke tasik, saya jerit macam-macam
sampai tak sedar ada orang dekat situ.” Beritahunya sambil menunding jari pada
tempat Jiha dengan Aqiem duduk. Aku turut memandang mereka yang sedang ketawa
bersama. Nampaknya hubungan mereka telah kembali pulih, syukurlah! Aku
menghembus nafas lega! Aku toleh pada Arissa kembali dan berfikir macam mana
nak luahkan perasaan padanya, aku tak sanggup kehilangannya. Cukuplah dengan
salah faham tadi. Nak putus nyawa aku melihat dia menangis!
“Arissa, saya… saya.
Sebenarnya saya.. arghhh.. Arissa jom kahwin!” perghh kahwin pulak yang keluar.
Lantaklah! Lagipun memang aku nak dia jadi isteri aku.
“Hah?!” dia menjerit
kecil. Membulat matanya memandangku, mungkin dia tidak menyangka itu yang
keluar dari mulutku.
“Ya, Arissa. Saya cintakan
awak, sayangkan awak. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu pada anak-anak saya.
Najaha Arissa, be my wife!” yakin aku mengungkap kata-kata itu tanpa mengalihkan
renunganku pada anak matanya. Dia tertunduk malu dengan pengakuan ku itu. Aku
intai wajahnya yang memerah. Comel!
“Arissa.” Perlahan aku
memanggil namanya.
“Izran, saya ada mak dan ayah.
Kalau awak yakin dengan kata-kata awak tadi, datanglah jumpa dengan mereka.” Seakan tidak
keluar suaranya berbicara. Aku tersenyum lebar.
“Yakin! Saya akan bawa
rombongan merisik terus nanti. Saya nak awak jadi milik saya cepat-cepat.” Dia menjeling ku
dengan cebikan.
“Eleh, yakin je yang mak ayah
saya terima awak.” Provoknya
aku sambut dengan tawa kecil.
“Arissa…” aku memanggil
namanya lembut. Ketika dia mendongak membalas renunganku, aku berbisik.
“Awak sayang saya?” lantas dia
menunduk kembali. Lama aku menunggu balasan darinya. Aku tahu dia malu, ketika
kemudian dia mengangguk perlahan. Aku tersenyum.
“Betul ni?” dia mengangguk lagi.
Pantas aku menjerit sambil mendepangkan tangan.
“yearhhhh, aku nak kahwin!!!”
“Hoi, sawan ke?” tempikkan Jiha
mematikan jeritanku. Aku menjelir padanya. Masa bila dia dengan Mustaqim datang
sini pun tak tahulah, tadi di meja sana lagi.
“Jiha, aku kahwin!” aku jerit lagi
tetapi tidak sekuat tadi. Jelas Najiha terkejut.
“Apa? Mana aciii… aku nak
kahwin jugak! Aqiem, nak kahwin jugak!” rengek Jiha pada Mustaqim meletuskan
tawa kami bertiga.
“Hoi, apalah tak malu ajak
lelaki kahwin. Haha.” Aku
mengusik Jiha membuatkan dia menjeling aku tajam.
“Suka hati aku lah, kau ni
memang kan …” terus
Jiha mengejarku, apa lagi berkejaran lah kami berdua sekeliling taman itu dan
diketawakan oleh Arissa dengan Mustaqim.
“Tak sangkakan.” Ujar Mustaqim
tiba-tiba pada Arissa.
“Hah?!”
“Wujudnya cinta seperti
mereka. Susah nak jumpa lelaki dan perempuan yang mampu untuk menjadi sahabat
semata, selalunya mesti ada yang ter’accident’.” Sambung Mustaqim lagi disambut
dengan anggukkan Arissa.
“Betul. Cinta mereka unik!
Cinta seorang sahabat! Dan kita berdua bertuah kerana miliki cinta mereka.” Kata-kata Arissa
membuat Mustaqim memandangnya dengan senyuman.
“Hurmm. By the way, saya
Mustaqim! Mana tahu kita pun boleh jadi sahabat seunik mereka?” Seloroh Mustaqim
disambut dengan cebikan Arissa.
“Mimpilah awak!”
kata-kata Arissa di sambut dengan tawa besar Mustaqim sehingga
menghentikan aksi kejar-mengejar antara Izran dengan Najiha itu. Mereka saling
berpandangan dan merenung pelik pada Arissa dan Mustaqim. Mereka sama-sama
melangkah menghampiri pasangan masing-masing dengan sebuah azam dan tekad.
Terpancar sinar kebahagiaan di mata keempat-empat insan itu. Semoga cinta
mereka dirahmati Allah S.W.T.
TAMAT
:
