Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci
(berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya
Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia
tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci".
(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)
Manfaat Wuduk Sebelum Tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak
terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa
percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot
yang kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan
fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan
kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam
kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang
dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa
perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal
malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya
akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah
berwuduk.
:

No comments:
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...